HomeUtamaPM umum Elaun pelajar tajaan JPA ditambah

PM umum Elaun pelajar tajaan JPA ditambah

Read Time:1 Minute, 17 Second

BANGI: Kadar bayaran elaun bulanan sara hidup pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam dan luar negara ditingkatkan kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya bagi pelajar tajaan JPA di luar negara kecuali kepada pelajar Ijazah Pertama di United Kingdom (UK) (telah dinaikkan pada 7 November 2022) manakala elaun bulanan elaun sara hidup bagi pelajar tajaan JPA di dalam negara dinaikkan sebanyak RM100.

Katanya langkah itu mengambil kira kos sara hidup yang tinggi, sekali gus membebankan golongan mahasiswa.

“Apabila saya ke beberapa universiti, mereka (mahasiswa) membangkitkan perkara ini, iaitu takkan hanya lihat kepada isu pelajar tajaan JPA di luar negara.

“Mereka ini pelajar (dalam negara) tajaan JPA juga cemerlang, sebab itu ditambah peruntukan RM100 sebulan.

”Ini menjadikan tambahan peruntukan iaitu RM1,200 bagi tempoh setahun,” katanya pada Program Cakna Madani Perdana Menteri bersama pelajar tajaan JPA di institusi pendidikan tinggi di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, kerajaan turut memutuskan untuk menambah peruntukan membabitkan elaun pelajar tajaan JPA di luar negara.

“Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) maklumkan kepada saya masalah dihadapi pelajar tajaan JPA di luar negara dengan penilaian kadar ringgit yang membebankan mereka.

“Jadi, ditambah peruntukan (elaun) buat mereka,” katanya.

Acara yang dihadiri lebih 2,500 pelajar tajaan JPA daripada universiti awam dan swasta itu turut disertai mahasiswa luar negara, secara dalam talian.

Program berkenaan bertujuan menyantuni pelajar tajaan JPA atas dasar ihsan Madani, selain berkongsi aspirasi dan hala tuju program Malaysia Madani serta masa depan Malaysia.

RELATED ARTICLES
Utama

Nurul Yanadido ke Hongkod Koisaan kali kedua

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular