HomeIsu tempatanPolis kesan waris mayat wanita terapung di sungai Kg Sapat

Polis kesan waris mayat wanita terapung di sungai Kg Sapat

Read Time:1 Minute, 33 Second

PAPAR: Mayat seorang wanita dijumpai dalam keadaan tidak sempurna terapung di sungai Kampung Sapat dekat sini pada pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintenden Kamaruddin Ambo Sakka berkata, kira-kira jam 10.37 pagi tadi (15 Jun) pihak polis menerima panggilan telefon dari orang awam berkenaan penemuan mayat terapung di sungai Kampung Sapat, Papar.

“Pihak polis kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Kamaruddin, siasatan di tempat kejadian mendapati terdapat satu mayat wanita dalam keadaan terapung di permukaan sungai dalam keadaan tertiarap dan tersangkut di ranting pokok kayu di tepi sungai Kampung Sapat.

Katanya, pihak bomba kemudiannya dihubungi untuk mendapatkan bantuan membawa naik mayat mangsa ke daratan.

“Mayat mangsa berjaya dibawa ke daratan oleh pasukan bomba dibantu oleh orang awam dengan menaiki bot,” katanya.

Kata Kamaruddin, pemeriksaan ke atas mayat didapati dalam keadaan yang tidak sempurna yang mana bahagian kepala, tangan kiri dan kanan telah tiada manakala kaki kiri juga tiada dan hanya kaki kanan sahaja yang tinggal iaitu bahagian paha ke paras lutut.

“Mayat telah dibawa ke kamar mayat Hospital Papar untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Katanya, buat masa ini identiti mayat belum dikenalpasti dan setakat ini juga tidak ada laporan orang hilang dan belum balik ke rumah diterima oleh pihak polis IPD Papar.

Tambah beliau, mayat mangsa dijangka berusia 30 ke 40 tahun dan disyaki telah meninggal dunia lebih kurang satu minggu dan punca kematian belum dapat dipastikan.

Kamaruddin menyeru kepada orang ramai untuk tampil segera ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar untuk melaporkan sekiranya ada diantara ahli keluarga , jiran atau rakan-rakan yang hilang atau tidak balik ke rumah sehingga ke hari ini untuk tujuan pengecaman ke atas mayat mangsa.

“Sekiranya ada maklumat berkaitan waris mangsa boleh hubungi Pegawai Penyiasat kes Sarjan Mustifin Wahid Pemangku KPB IPD Papar di talian 0142030071.

“Kes diklafikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Teknologi membran selesai masalah pelbagai sektor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular