HomeUtamaSPESB ambil alih pengoperasian Hostel Panalaban dan Hostel Lemaing di Gunung Kinabalu

SPESB ambil alih pengoperasian Hostel Panalaban dan Hostel Lemaing di Gunung Kinabalu

Read Time:1 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU: Satu Majlis Menandatangani Perjanjian Antara Lembaga Pemegang Amanah Taman-taman Sabah (LPATTS) dan anak syarikat Sabapak Eco Sdn Bhd (SPESB) direalisasikan di Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) di sini pada Khamis (15 Jun).

Majlis MoU tersebut disaksikan oleh Menteri KePKAS Datuk Christina Liew.

Tujuan utama penandatanganan perjanjian ini melibatkan penyerahan pengoperasian Hostel Panalaban (Mokodou dan Kinotoki) dan Hostel Lemaing di Gunung Kinabalu, Taman Kinabalu yang sebelum ini dikendalikan oleh pihak Taman-Taman Sabah.

Tempoh perjanjian ini adalah selama 15 tahun dan bermula pada 1 Jun 2023.

Menurut kenyataan media LPATTS hari ini, melalui perjanjian ini pihak SPESB akan bertanggungjawab untuk kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan infrastruktur bagi kegunaan umum atau bersama di kawasan asrama-asrama tersebut.

“Keutamaan pengambilan tenaga kerja juga akan diberikan kepada warga Malaysia yang berasal dari negeri Sabah dan menetap di daerah Ranau, Kundasang dan Bundu Tuhan bagi membantu dalam kerja-kerja operasi bangunan-bangunan tersebut,” kata kenyataan itu.

SPESB telah ditubuhkan pada 18 Disember 2002 sebagai anak syarikat/syarikat subsidiari milik LPATTS.

Tujuan penubuhan syarikat subsidiari ini antaranya mengadakan perniagaan usaha sama dengan para pelabur dan syarikat swasta dalam mengatur strategi pembangunan dan penyediaan kemudahan-kemudahan yang berkaitan dengan pelancongan.

Disamping aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan dalam kawasan Taman-Taman Sabah, juga boleh ditingkatkan demi menjana pendapatan untuk menampung kos-kos yang digunakan bagi tujuan pemuliharaan dan pengurusan Taman-Taman dengan lebih cekap dan berkesan.

Sementara peranan dan fungsinya ialah untuk mengenalpasti tapak-tapak yang sesuai di dalam kawasan Taman-Taman Sabah atau di kawasan lain untuk dimajukan sebagai kawasan pelancongan yang dapat menarik para pelabur dan syarikat swasta untuk turut serta dalam perkongsian perniagaan bijak.

Ia juga untuk membolehkan Lembaga menggubal satu garis panduan dan terma rujukan yang standard untuk digunapakai didalam perniagaan usaha sama tersebut,

Selain mengadakan perkongsian perniagaan bijak dengan para pelabur dan swasta untuk membangun dan menguruskan semua kemudahan dan perkhidmatan pelancongan di dalam kawasan Taman dan kawasan lain.

Pada majlis itu, Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah, Peter Lintar menandatangani bagi pihak Taman-Taman Sabah, disaksikan oleh Pengarah Taman-Taman Sabah Dr Maklarin Lakim, manakala Timbalan Pengerusi Sabapak Eco Sdn Bhd merangkap Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Sr Mohd Yusrie Abdullah menandatangani bagi pihak anak syarikat itu, disaksikan oleh Wakil Tetap Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri, Mohd Faizal Mohd Tahir.

RELATED ARTICLES
Utama

DBKK laksana pemeriksaan berjadual ke atas pokok dibawah seliaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular