HomeIsu tempatan12 pain darah berjaya dikumpul menerusi 'Kempen Derma Darah Selamatkan Nyawa'

12 pain darah berjaya dikumpul menerusi ‘Kempen Derma Darah Selamatkan Nyawa’

Read Time:1 Minute, 3 Second

Tenghilan : Sebanyak 12 pain darah berjaya dikumpulkan menerusi penganjuran ‘Kempen Derma Darah Selamatkan Nyawa’ bagi siri kedua di Dewan SRA Tenghilan di sini semalam.

Program itu dianjurkan secara bersama Persatuan Pesara Kerajaan Sabah (PPKS), Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth II (HQE2) dan Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Tamparuli.

Pengerusi Penganjur Joanes Robert Johnny berkata, meskipun berjaya dianjurkan namun jumlah penderma agak kurang berbanding penganjuran edisi pertama sebelum ini.

“Difahamkan bulan lalu juga telah diadakan kempen derma darah di tempat yang sama oleh penganjur berbeza, ini antara faktor kemungkinan jumlah penderma kurang,” katanya.

Bagaimana pun, beliau menghargai kehadiran penderma yang telah menyahut pelawaan mereka.

“Ini membuktikan semangat dan keprihatinan tinggi mereka membantu pihak tabung darah hospital mengumpul bekalan darah bagi membantu para pesakit yang memerlukan,” katanya. 

Katanya, biar pun diadakan pada waktu bekerja, namun masyarakat tetap hadir menyokong program berkenaan.

Turut hadir memberi sokongan ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim. 

Para penderma turut menerima beras yang disumbangkan oleh Jahid, selain buah tangan sumbangan pihak hospital.

Seramai tujuh kakitangan HQE2 yang hadir mengendalikan proses menderma darah dan 16 penderma berdaftar, manakala 12 orang berjaya menderma.

Untuk rekod, sebelum ini mereka juga telah mengadakan program Kempen Derma Darah pada 16 Februari 2023, juga di tempat yang sama. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular