HomeSukanPiala Malaysia : Aksi Sabah FC, JDT FC dijangka berulang diperingkat separuh...

Piala Malaysia : Aksi Sabah FC, JDT FC dijangka berulang diperingkat separuh akhir

Read Time:1 Minute, 22 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Peminat bola sepak di negeri ini dijangka akan menyaksikan pertembungan antara penyandang juara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sabah FC pada peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2023 selepas kedua-dua pasukan diundi dalam laluan sama di pusingan 16 terbaik.

Pada musim lalu, Sabah FC tewas kepada JDT FC 0-1 dan 1-3 pada peringkat sama iaitu separuh akhir.

Menerusi undian dijalankan secara maya oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL), semalam, JDT, selaku juara sembilan kali berturut-turut Liga Super, diundi bertemu pasukan tercorot liga, Kelantan FC, dalam perlawanan yang dimulakan dengan pusingan 16 terbaik.

Sabah FC pula diundi bertemu Kuching City FC pada pusingan 16 terbaik dan dijangka tidak ada masalah untuk mara ke suku akhir bagi menentang antara pasukan Kedah Darul Aman FC atau Perak FC.

Sementara itu, ancaman buat Selangor yang dijangka akan bertemu JDT FC pada peringkat akhir bermula seawal pusingan 16 terbaik selepas diundi bertemu PDRM FC, yang membuat kejutan menewaskan naib juara Piala Malaysia 2022 itu, 1-0, pada saingan Liga Super, 3 Jun lalu.

Jika berhasil melepasi halangan itu, skuad Gergasi Merah dijangka tidak berdepan masalah untuk mara ke suku akhir bertemu Terengganu FC atau satu kelab daripada Liga M3 sebelum menentang sama ada Sri Pahang FC, Penang FC atau seteru setempat Kuala Lumpur City FC di separuh akhir.

Mengikut format, pusingan 16 terbaik, suku akhir dan separuh akhir Piala Malaysia musim ini akan dijalankan secara timbal balik bermula pada Ogos, sementara aksi final dijangka bakal berlangsung pada Disember.

Majlis undian tersebut disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam dan bekas pemain kebangsaan, Razman Roslan.

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah luluskan peruntukan RM12.24 juta naik taraf kemudahan Stadium Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular