HomeUtamaMAQIS rampas buah-buahan dibawa masuk tanpa permit

MAQIS rampas buah-buahan dibawa masuk tanpa permit

Read Time:1 Minute, 6 Second

LABUAN: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) telah merampas pelbagai jenis buah-buahan yang dibawa masuk dari negara Brunei tanpa permit import yang sah di pintu masuk Terminal Feri Antarabangsa Penumpang Wilayah Persekutuan Labuan pada Selasa lalu.

Buah-buahan yang dirampas termasuklah buah mangga, lemon dan limau Mandarin.

Menurut Pengarah MAQIS W.P. Labuan, Nazrul Azman Mat Rahim, hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh Pegawai Penguatkuasa MAQIS mendapati kebanyakan konsainan yang ditahan adalah merupakan buah-buahan dari negara Brunei
yang dibawa masuk tanpa Permit Import yang sah dan Sijil Fitosanitasi dari negara asal.

Katanya, pelanggaran di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) menjadi suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda
tidak melebihi RM100,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

“Bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya didenda tidak
melebihi RM150,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau
kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nazrul, tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperluaskan di semua pintu masuk negara bagi memantau dan memeriksa setiap keluaran pertanian yang masuk ke negara ini.

“Hal ini bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikro organisma yang diimport ke negara ini bebas dari ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar serta mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan,” jelasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah FC juara Piala SMJ 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya