HomeIsu tempatanKerjasama China, Malaysia terus diperkukuh

Kerjasama China, Malaysia terus diperkukuh

Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu :  Kerjasama dua hala China dan Malaysia dalam hubungan diplomatik dan sektor pelaburan perniagaan akan terus diperkukuh.

Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia Ouyang Yujing berkata, kerjasama tersebut mampu memberi manfaat yang besar kepada ekonomi negara masing-masing. 

“Seperti yang kita tahu baru-baru ini pada Mac lalu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melakukan lawatan rasmi ke China dan ianya merupakan satu lawatan yang berjaya.

“Pada lawatan tersebut, Anwar berjaya menemui pemimpin China termasuk Presiden China dan melihat potensi pelaburan di antara kedua-dua negara,” katanya. 

Menurut beliau, Sabah kini menjadi destinasi pelaburan yang digemari syarikat-syarikat dari China, di samping menjadi destinasi pelancongan utama rakyat di republik itu.

“Sabah seperti yang kita tahu merupakan salah satu destinasi pelancongan tumpuan rakyat China. Saya berpendapat pada masa akan datang akan lebih ramai pelancong China yg akan datang ke Sabah.

“Kita boleh lihat banyak peluang kerjasama di Sabah seperti pertanian, perikanan, infrastruktur, minyak dan gas serta pengilangan jadi kita akan menggalakkan lagi pelabur dari china untuk datang melihat sabah yang kaya dengan hasil bumi dan masyarakat yang harmoni menghasilkan sebuah ruang kondusif untuk melakukan perniagaan di sini,” katanya.  

Beliau menyatakan demikian kepada media selepas kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah,  Tun Dr. Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini hari ini. 

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 300 orang hadir program PeKa B40

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular