HomeSukanPDRM A juara kategori Piala TYT Sabah

PDRM A juara kategori Piala TYT Sabah

Read Time:1 Minute, 33 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) A muncul juara bagi kategori Piala Tuan Yang Terutama Sabah sempena Perlumbaan Perahu Naga Kelapan di sini semalam.

Pasukan tersebut menewaskan tujuh pasukan lain dengan catatan masa 03:49:89 disusuli tempat kedua, pasukan 1SPTB Brunei dan pasukan Asuk Hill D.B.T. di tempat ketiga dengan catatan masa masing-masing 03:51:12 dan 03:51:48. 

Manakala, kategori Piala Ketua Menteri Sabah 800m pula dimenangi pasukan Kampung Sinampuan Lawas A, pasukan KDKL Dragon Boat di tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Entulon Family B. 

Selain itu, beberapa kategori lain yang dipertandingkan antaranya Piala Sabah FCAS Dragon (800m), Piala FCAS Persatuan (800m), Piala FCAS(800m), Piala FCAS Pasukan Lelaki (800m), Piala Kinabalu Dragon (800m), Piala Kinabalu Dragon Wanita (200m), Berkumpulan Lelaki Terbuka (200m), Berkumpulan Campuran Terbuka (200m) dan Piala Presiden Hua Zhong (800m). 

Sebanyak 155 pasukan termasuk 11 pasukan wanita menyertai perlumbaan berkenaan termasuk dari Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia dan Brunei Darussalam. 

Perlumbaan yang dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin itu diserikan dengan kehadiran isteri Tun Juhar, Toh Puan Norlidah R.M. Jasni. 

Pada majlis berkenaan, turut diadakan penyerahan sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM 500,000 kepada Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) yang disampaikan oleh wakil Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir. Shahelmey Yahya yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Duta Besar China di Malaysia, Ouyang Yujing, Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, Huang Shi Fang, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin, Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Limus Jury, Presiden Gabungan Persatuan Cina sabah (FCAS), Tan Sri Dr T.C. Goh dan Pesuruhjaya Polis, Datuk Jauteh Dikun.

RELATED ARTICLES
Sukan

Liga Super 2024 : Kim Swee belum puas hati pada bahagian...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular