HomeUtamaKemasukan pelancong Brunei ke Sabah dijangka meningkat

Kemasukan pelancong Brunei ke Sabah dijangka meningkat

Read Time:1 Minute, 4 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu :   Kemasukan pelancong dari Negara Brunei Darussalam ke negeri ini dijangka akan terus meningkat pada tahun ini.

Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, Brigedier Jeneral (B) Datuk Paduka Mahmud Saidin berkata, antara faktor tarikan ke negeri ini ialah lokasi pelancongan, makanan, pusat beli belah selain hubungan kekeluargaan yang akrab di antara kedua-dua buah negara.

“Brunei dan Malaysia mempunyai hubungan yang sangat akrab terutama dari segi perhubungan masyarakat.

“Pelancong Brunei ke Sabah banyak sekali sejak selesainya pandemik COVID-19 jadi kunjungan ke mari sudah mulai bertambah sehingga menyebabkan berlakunya kesesakan di pos-pos kawalan imigresen, “katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, di sini semalam.

Mahmud berkata, secara umumnya, seramai 1.2 juta pelancong Brunei ke Sabah sedangkan jumlah penduduk Brunei hanya seramai 440,000 orang.

“Ini bermakna tarikan selain daripada hubungan kekeluargaan ialah pusat-pusat beli belah, kepelbagaian makanan dan juga lokasi pelancongan banyak di Sabah,” katanya.

Menurut beliau, kunjungan pertama sejak dilantik ke jawatan tersebut pada Oktober 2021 bertujuan untuk memperkenalkan diri, di samping membincangkan usaha untuk mengembangkan lagi kerjasama di antara Brunei Darussalam dan Sabah dalam pelbagai sektor termasuk pelancongan.

RELATED ARTICLES
Utama

SSMJ kerjasama dengan agensi Kerajaan pastikan miskin tegar di Sabah dinoktahkan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular