HomeIsu tempatanKTP dilaksana bantu pengusaha pelancongan tingkat pembangunan sosio-ekonomi komuniti setempat

KTP dilaksana bantu pengusaha pelancongan tingkat pembangunan sosio-ekonomi komuniti setempat

Read Time:1 Minute, 25 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Belud : Program Pemindahan Ilmu (KTP) menerusi Pembentukan Komuniti Tertumpu bagi membantu pengusaha pelancongan di kawasan Kadamaian di sini akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Pengarah Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat (PKLM) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Elia  Godong berkata, program itu turut mendapat kerjasama Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian dan Pusat Pelancongan Komuniti Kampung Ratau.

Katanya, pihaknya turut bersetuju dengan tapak cadangan perlaksanaan projek KTP menerusi program Komuniti Tertumpu di Pusat Pelancongan Morimpunan Campsite, Kampung Ratau Kota Belud.

“Kami telah mengadakan tinjauan di pusat pelancongan itu dan berbincang dengan wakil Morimpunan Campsite.

“Hasil perbincangan, kami telah mengenalpasti beberapa potensi aktiviti dan program yang boleh memberikan impak positif kepada pembangunan sosio-ekonomi komuniti setempat,” katanya.

Tinjauan tapak cadangan dan taklimat projek KTP itu turut dihadiri oleh wakil Pusat Khidmat Adun Kadamaian dan Pusat Pelancongan Komuniti Morimpunan Campsite Kg.Ratau.

Idea melaksanakan projek KTP di kampung itu tercetus selepas perjumpaan Pegawai Perhubungan Pusat Khidmat Adun Kadamaian Carlye Lajimin dengan Penolong Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat UMS Prof. ChM. Ts. Dr. Coswald Stephen Sipaut.

Carlye mencadangkan supaya UMS melaksanakan program KTP di kawasan Kadamaian bagi membantu para pengusaha pelancongan komuniti.

“Bagi pihak Jawatankuasa persatuan pelancongan Morimpunan Campsite kami merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak UMS atas kesudian melawat dan meninjau tapak cadangan program,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Pelancongan Komuniti Ratau Lajimin Luntab berharap, lawatan ke pusat pelancongan Morimpunan Campsite itu dapat mencetuskan idea baharu untuk membangunkan pusat pelancongan itu.

“Kami juga berterima kasih kepada Datuk Ewon Benedick, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi atas sokongan berterusan kepada pengusaha pelancongan di Kadamaian,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

KKFVA, STB capai persetujuan jalin kerjasama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular