HomeIsu tempatanMotosikal terbabas, pelajar remaja perempuan maut

Motosikal terbabas, pelajar remaja perempuan maut

Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Seorang pelajar remaja perempuan maut selepas motosikal yang dinaiki bersama sepupunya terlibat dalam kemalangan jalan raya berhampiran Kampung Lokub, Jalan Sepanggar dekat sini pada petang Isnin.

Mangsa yang maut berumur 17 tahun itu adalah pembonceng mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di Hospital Likas pada 20 Jun 2023 jam lebih kurang 12.36 tengah malam tadi.

Manakala penunggang seorang pelajar lelaki berumur 18 tahun cedera di bahagian kepala dan kini mendapat rawatan lanjut di Hospital Queen Elizabeth 1.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata pada 19 Jun 2023 jam lebih kurang 6.20 petang, pihaknya terima makluman dari KPP Trafik bertugas Kpl. Hasmuni berkaitan satu kemalangan melibatkan sebuah motosikal terbabas sendiri berhampiran Kampung Lokub Jalan Sepanggar, dekat sini. Kemalangan melibatkan dua orang mangsa iaitu penunggang dan pembonceng.

“Siasatan awal dilokasi kejadian mendapati penunggang bersama pembonceng dari Menggatal dalam perjalanan menuju ke Sepanggar.

“Ketika itu, cuaca hujan renyai-renyai dan keadaan jalan raya basah. Apabila mangsa sampai berhampiran Kampung Lokub, tiba-tiba motosikal ditunggangi telah hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan.

“Kedua-dua mangsa terbaring di bahu kiri jalan dalam keadaan separa sedar dan berlumuran darah dan kemudiannya dibawa oleh ambulan dan pihak bomba ke Hospital Likas untuk rawatan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Zaidi, pembonceng disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Likas tengah malam tadi manakala B1 dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth 1 pada jam lebih kurang 6:29 pagi tadi.

“Mayat mangsa masih berada di Forensik Hospital Likas dan akan dibawa ke Forensik Hospital Queen Elizabeth 1 untuk menjalani bedah siasat bagi mengetahui punca kematian setelah keputusan PCR diperolehi,” ujarnya.

Bagaimanapun Mohd Zaidi berkata, hasil siasatan awal mendapati punca kemalangan adalah disebabkan oleh kecuaian penunggang yang gagal mengawal kenderaan motosikal dengan baik sehingga terbabas ke bahu jalan. Namun, siasatan masih diteruskan.

“Kes disiasat dibawah Kaedah 10 LN166/59 direklasifikan semula di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987 arahan SIO(T),” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular