HomeIsu tempatanUMS dan SSUA Turkiye tandatangan LoI, teroka kerjasama akademik, penyelidikan

UMS dan SSUA Turkiye tandatangan LoI, teroka kerjasama akademik, penyelidikan

Read Time:1 Minute, 19 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Ankara, Turkiye: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menandatangani Surat Niat (LoI) dengan Social Sciences University of Ankara (SSUA) dalam satu majlis yang berlangsung di kampus SSUA di sini, baru-baru ini.

PPIB UMS diwakili Dekan, Prof. Madya Dr. Lai Yew Meng, manakala SSUA diwakili Pengarah Institute for Area Studies (IAS), Prof. Dr. Enver Arpa.

Menurut Dr. Lai Yew Meng, pemeteraian LoI itu merupakan salah satu usaha ke arah memperkasakan agenda pengantarabangsaan bagi PPIB dan UMS secara keseluruhannya.

“Adalah diharapkan LoI akan mempelopori kolaborasi bersama pihak SSUA yang merupakan antara universiti awam tersohor di Turkiye khususnya dalam bidang sains sosial. 

“Kedua-dua pihak juga berharap agar LoI ini menjadi batu loncatan ke arah pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) pada masa terdekat,” katanya. 

Sementara itu Dr. Enver memaklumkan, pemeterian LoI berkenaan sebagai antara usaha ke arah penerokaan kerjasama dalam aspek akademik dan penyelidikan. 

“UMS merupakan universiti awam pertama di Malaysia yang menandatangani LoI dengan Institute of Area Studies (IAS), SSUA. 

“Dengan adanya kerjasama sebegini, diharapkan hubungan Malaysia-Turkiye dapat diperkasakan secara berterusan,” katanya.

Untuk rekod, Dr. Lai Yew Meng melawat SSUA atas jemputan IAS di bawah Erasmus+ KA 107 International Mobility Program. 

Turut hadir, Timbalan Dekan Pascasiswazah dan Hubungan Antarabangsa PPIB, Dr. Priscilla Shak yang juga peserta program mobiliti Erasmus+.

Hadir sama, Ketua Jabatan Pengajian Asia, Prof. Madya Dr. Hatice Celik; Penyelaras Erasmus+ KA 107 International Mobility Program,  Dr. Yusuf Avci; Profesor Madya Dr. Hadiye Unsal dari Faculty of Theology, dan Mustafa Yasir Kurt. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular