HomeUtamaDBKK, DPPIMS anjur Festival Kebudayaan & Makanan Tradisional India Sabtu ini

DBKK, DPPIMS anjur Festival Kebudayaan & Makanan Tradisional India Sabtu ini

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bersama Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Sabah (DPPIMS) akan menganjurkan Festival Kebudayaan & Makanan Tradisional India “Transformasi Premis Makanan India” pada Sabtu ini (24 Jun).

Festival itu bermula pada jam 12.00 tengah hari hingga 10.30 malam bertempat di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu.

Ketua Pengarah DBKK, Junainah Abbie berkata festival itu yang julung kali diadakan di Lintasan Deasoka direalisasikan bagi meningkatkan tahap kebersihan premis makanan India dan memastikan makanan yang disediakan dan dijual selamat untuk dimakan oleh orang awam.

Katanya, di samping itu festival itu juga mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap premis makanan India itu sendiri.

“Secara tidak langsung, festival sebegini membantu meningkatkan kesedaran pengusaha premis makanan India mengenai pengendalian makanan yang betul, ‘personal hygiene’ dan kebersihan tandas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Junainah, bagi memeriahkan penganjuran festival itu, beberapa aktiviti disusun sebagai pengisian program pada hari tersebut seperti Pameran Kesihatan Persekitaran dan Transformasi Premis Makanan India, Gerai Jualan Makanan Tradisional India, Persembahan Kebudayaan dan Nyanyian.

Dalam.pada itu, beliau turut menggalakkan penglibatan orang awam, pertandingan seperti menebar roti canai, menarik teh dan aksi memotong bawang turut diadakan.

“Orang ramai dijemput hadir untuk merancakkan penganjuran festival ini dan menjadikan ianya hari yang bermakna kepada semua warga bandaraya Kota Kinabalu,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pembangunan infrastruktur asas, utiliti perlu perhatian khusus

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular