HomeUtamaAyob Khan dilantik Timbalan Ketua Polis Negara

Ayob Khan dilantik Timbalan Ketua Polis Negara

Read Time:1 Minute, 26 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kuala Lumpur : Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuatkuasa Jumaat ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pelantikan itu adalah bagi menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara.

“Adalah dimaklumkan bahawa seperti yang termaktub di bawah Fasal 4 dan 5 Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis telah memperkenan pelantikan Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay sebagai Timbalan Ketua Polis Negara mulai 23 Jun 2023,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Saifuddin berkata, Ayob Khan,57, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Teknologi Maklumat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pernah menjawat pelbagai jawatan di peringkat Negeri dan Kontinjen.

Katanya, beliau memulakan tugas pada tahun 1993 di Cawangan Khas Bukit Aman dari pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP) sehingga ke pangkat Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) selama 15 tahun.

“Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC) dan ditempatkan di Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman sebelum kembali ke Cawangan Khas dengan pangkat Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) pada tahun 2016.

“Beliau berkhidmat selama empat tahun dan telah dinaikkan pangkat ke Pesuruhjaya Polis (CP)  pada tahun 2020 dan menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Johor,” katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, pada tahun 2022, Ayob Khan kembali ke Bukit Aman sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan kini berkhidmat sebagai Pengarah  Jabatan Siasatan Jenayah.

“Kerajaan mengucapkan syabas dan tahniah di atas pelantikan ini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Nurul Yanadido ke Hongkod Koisaan kali kedua

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular