HomeUtamaJHEWA santuni 2,653 wanita menerusi Program Outreach Santuni Wanita

JHEWA santuni 2,653 wanita menerusi Program Outreach Santuni Wanita

Read Time:1 Minute, 32 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Belud : Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah berjaya menyantuni hampir 2,653 orang golongan wanita di 38 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini menerusi pelaksanaan Program Outreach Santuni Wanita.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk James Ratib berkata, inisiatif pelaksanaan program itu dilihat baik khususnya dalam aspek keusahawanan, pembangunan kewanitaan serta perundangan.

“Setiap hari kita sering melihat isu yang melibatkan kepincangan dalam institusi keluarga di Malaysia.  Justeru menerusi program outreach santuni wanita ini adalah antara usaha kerajaan dalam membendung masalah ini dari terus menyelubungi masyarakat kita.

“Program ini juga dapat memberi pencerahan ilmiah atau bantuan khidmat nasihat perundangan menerusi klinik guaman serta slot literasi perundangan yang telah dijalankan. Sebagai contohm,

“Sebagai contoh perkhidmatan Pusat Bantuan Guaman Wanita Sabah (PBGW) yang diselia JHEWA Sabah merupakan pusat yang memberi bantuan peguam secara percuma di Mahkamah Syariah, Sivil dan Anak Negeri terutama yang melibatkan kes kekeluargaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Outreach Santuni Wanita di empat buah DUN di Kota Belud di sini semalam.

Teks ucapannya dibacakan Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Flovia Ng.

James berkata, program itu juga turut menyajikan isu-isu kretis serta perlu diberi perhatian antaranya isu penyalahgunaan dadah serta perkahwinan di awal usia yang kian membimbangkan.

Katanya, ia perlu dibendung dan memastikan anak muda pada masa kini mendapat pembelaan sewajarnya.

“Tidak dinafikan masyarakat yang berilmu terutamanya berkaitan hak wanita perlu di titikberatkan. Sehubungan dengan itu, masyarakat perlu di beri penekanan mengenai isu pendidikan terutamanya undang-undang kerana sedar tidak sedar melalui pendidikan kita mampu memperkasakan masyarakat kita apatah lagi golongan wanita.

“Sesungguhnya kita di Sabah ini amatlah bertuah kerana kerajaan mengiktiraf peranan penting wanita dalam semua jenis aktiviti.  Peluang yang sama rata merupakan kunci kemajuan wanita dalam mana-mana bidang,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular