HomeIsu tempatanIbu bapa main peranan penting bentuk sikap, peribadi mulia anak

Ibu bapa main peranan penting bentuk sikap, peribadi mulia anak

Read Time:1 Minute, 27 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Tamparuli : Para ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam membentuk sikap dan peribadi mulia anak-anak selain menarik minat bagi mendalami bacaan al-Quran sejak usia kecil lagi.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, ia juga akan dapat memberi pemahaman yang lebih jelas kepada anak-anak mengenai isi kandungan kitab suci al-Quran menerusi kaedah yang bersesuaian serta disiplin yang betul.

“Bukan sekadar membaca al-Quran tetapi mampu menghafal serta menghayati erti surah yang dibaca, adalah satu kejayaan kepada kita sebagai ibu bapa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Ihtifal Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Peringkat Daerah Kecil Tamparuli, di Surau Al-Falah Kampung Bantayan, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Surau Al-Falah Kampung Bantayan, Dahlan Mohd Yassin dan Penyelia KAFA Daerah Tamparuli, Ustazah Maisarah Ab Rahim.

Katanya, ibu bapa juga tidak boleh terlalu bergantung sepenuhnya kepada guru agama di sekolah untuk mengajar anak-anak mereka mengaji al-Quran kerana ini merupakan tanggungjawab mereka bersama.

“Di rumah, selain mengajar anak-anak banyak perkara sebagai bekal hidup mereka kelak, kita juga berperanan sama untuk mengajar mereka menghayati dan memahami ajaran dalam al-Quran.

“Kepada yang berjaya, saya doakan semoga sampai ke peringkat kebangsaan, dan kepada yang tidak berjaya, tingkatkan lagi usaha dan cuba lagi tagun hadapan,” katanya.

Dalam pada itu, Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli turut mengagumi keberanian anak-anak KAFA Tamparuli, mempersembahkan bakat terpendam masing-masing.

Terdahulu, Pengerusi KAFA Daerah Tuaran dan Tamparuli, Roslani Abdullah, berkata, di kawasan Tamparuli, sebanyak 21 sekolah KAFA, 38 tenaga pengajar, dan seramai 900 orang pelajar kesemuanya.

Antara pertandingan yang diadakan termasuklah tilawah, hafazan, bercerita, seni khat dan tulisan jawi. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pesta Kaamatan landasan terbaik kukuhkan ikatan perpaduan merentasi agama, bangsa dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular