HomeUtamaIsu Perumahan LPPB : Hanya penghuni lebih 10 tahun menyewa diberikan notis...

Isu Perumahan LPPB : Hanya penghuni lebih 10 tahun menyewa diberikan notis peringatan

Read Time:2 Minute, 9 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Hanya penghuni di tiga kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang sudah menyewa kediaman melebihi 10 tahun diberikan notis peringatan untuk mengosongkan rumah berdasarkan peraturan yang ditetapkan Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB).

Pengerusi LPPB Datuk Masiung Banah berkata, tiga PPR yang terlibat itu adalah di Taman Puri Warisan Inanam; Taman Jaya Diri Kuala Manggatal dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) 2 Taman Bukit Setia Kuala Manggatal.

“Isu yang hangat diperkatakan pada masa ini khususnya yang melibatkan LPPB adalah had tempoh penyewaan selama 10 tahun selain perlu mengosongkan rumah bagi memberi peluang kepada orang awam lain masih dalam senarai menunggu.

“Perkara ini hanya tiga kawasan yang terlibat dan bukanlah seperti yang disebar di seluruh Sabah.  Taman-taman yang tiada kaitan seperti di Sandakan, Tawau dan beberapa tempat lain ada menghubungi saya termasuklah Yang Berhormat Kerajaan mahupun pembangkang, ” katanya menerusi siaran langsung di Facebookya di sini semalam.

Masiung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut berkata, setiap badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau pertubuhan lain mempunyai undang-undang dan peraturan sendiri.

Katanya, pihaknya menerusi LPPB juga tidak terkecuali untuk melaksanakan polisi dan peraturan yang ditetapkan selain ia menjadi ‘pemandu’ kepada setiap pelaksanaan program yang dilaksanakan sebuah organisasi.

“Polisi dan peraturan yang ada sekarang bukanlah baru, sudah lama dilaksanakan namun kita hanya menyambung polisi yang sudah menjadi amalan lama di peringkat LPPB sebelum ini.

“Setiap penyewa akan mendapat tawaran penyewaan selama lima tahun dan sebelum LPPB mengeluarkan tawaran, pihak kita akan memberi tahu kepada penyewa bahawa kemudahan penyewaan bukan kekal selama-lamanya, ia hanya transit.

“Ia hanya ‘tumpangan’, sementara penyewa berusaha mempertingkatkan ekonomi sebelum ada keupayaan untuk mencari rumah yang lebih baik.  Dalam tempoh penyewaan itu juga, penyewa sentiasa diingatkan mereka menyewa hanya sementara,” katanya.

Dalam pada itu, Masiung berkata, pihaknya juga prihatin kepada penyewa yang mahu merayu selepas tempoh lima tahun tamat dan ia dipanjangkan selama 10 tahun berdasarkan polisi, dasar dan pekeliling yang ditetapkan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP).

“Sehingga kini berdasarkan data yang kita ada, jumlah mereka yang menunggu pelaung untu menyewa dirumah-rumah ini adalah lebih 7,900 orang. 

“Kita harus fokus kepada isu asal dan saya beri jaminan, Kerajaa pimpinan Ketua Menteri melalui LPPB, kita tidak mempunyai agenda lain, kita tidak mempunyai perkara-perkara yang menidakkan orang,” katanya.

Sebelum itu, tular sekeping surat pekeliling yang menyatakan had tempoh penyewaan 10 tahun rumah milik LPPB perlu dikosongkan dan menjadi isu hangat diperkatakan di media sosial.

Bagaimanapun ianya hanya melibatkan tiga kawasan PPR milik LPPB dan bukan melibatkan semua kawasan di Sabah. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

Saya serahkan kepada pihak berwajib – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular