HomeUtamaPukat sepanjang 120 meter berjaya dinaikkan berhampiran Pulau Lampu

Pukat sepanjang 120 meter berjaya dinaikkan berhampiran Pulau Lampu

Read Time:1 Minute, 36 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kudat : Taman-Taman Sabah (TTS) berjaya membuka dan menaikkan ‘pukat rantau’ jenis nylon sepanjang lebih kurang 120 meter daripada terumbu karang berdekatan Pulau Lampu di Simpang Mengayau di sini.

Pelaksanaan bagi membuka dan menaikkan pukat itu berjaya dilaksanakan menerusi program ‘Underwater Ghostnet Cleanup’ Taman tun Mustapha yang diadakan selama dua hari bermula 19 Jun lalu.

Pengarah TTS Dr Maklarin Lakim berkata, program yang bertemakan ‘bersama menjaga khazanah alam’ itu amat menepati pendekatan pengurusan bersama ini.

“Saya difahamkan bahawa pukat yang tersangkut ditemui oleh penyelam-penyelam skuba dari pengusaha pelancongan di Simpang Mengayau.

“Mereka dengan segera telah melaporkan perkara tersebut kepada pejabat Taman Tun Mustapha dan setelah berbincang, satu kesepakatan telah diambil untuk mengadakan program ini dengan turut melibatkan penyelam-penyelam skuba dari komuniti Simpang Mengayau.

“Hasil daripada kerjasama yang baik ini, kita telah berjaya membuka dan menaikkan sepanjang lebih kurang 120 meter ‘pukat rantau’ jenis nylon daripada terumbu karang berdekatan Pulau Lampu. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang telah terlibat terutama kepada para penyelam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan ‘Underwater Ghostnet Cleanup’ Taman tun Mustapha di Jeti Marina Kudat di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Penolong Pengarah Taman Tun Mustapha Augustine Binson.

Maklarin berkata, tugas itu bukan suatu mudah kerana sebahagian pukat telah tersangkut selain sebahagiannya sudah mula ditumbuhi karang serta cuaca yang tidak menentu dan laut berombak.

“Di sini saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.

“Suka saya tekankan juga disini bahawa aktiviti yang dijalankan adalah untuk memelihara terumbu karang daripada musnah serta melindungi hidupan marin seperti penyu, paus dan dugong daripada terjerat dalam Ghostnet.

“Namun, tanpa kesedaran dan kerjasama erat semua, usaha ini tidak akan berjaya. Justeru itu saya memohon agar semua pihak meningkatkan  kerjasama dan marilah sama-sama menjaga khazanah semula jadi perairan Taman Tun Mustapha yang tidak ternilai ini,” katanya. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada pencerobohan kali kedua dan sifar KFR, jadi misi utama ESSCOM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular