HomeIsu tempatanEnam kumpulan berentap rebut gelaran juara Program Seni Warisan Juara Limbai 2023

Enam kumpulan berentap rebut gelaran juara Program Seni Warisan Juara Limbai 2023

Read Time:1 Minute, 33 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Enam kumpulan terdiri daripada tiga buah sekolah rendah dan tiga sekolah menengah di negeri ini bakal berentap bagi merebut gelaran juara Program Seni Warisan Juara Limbai 2023.

Program yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori sekolah rendah dan sekolah menengah itu akan berlangsung di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Sabtu ini.

Ketua Penolong Pengarah (Rancangan TV), Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah, Aris Arapa berkata, program Seni Warisan Juara Limbai itu adalah bertujuan untuk mengangkat seni tari budaya etnik dan suku kaum di Sabah, khususnya Bajau Sama.

“Program ini menonjolkan tarian tradisi dan kreatif Limbai yang merupakan tarian suku kaum Bajau, salah satu etnik terbesar di negeri ini.

“Sabah sememangnya terkenal dengan kepelbagaian etnik dan suku kaum serta keunikan tarian tradisi yang perlu ditonjolkan kepada semua lapisan masyarakat,” katanya.

Enam sekolah yang bakal berentap adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Sembulan; SK Pekan Kota Belud; Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) St James Kota Kinabalu; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kolombong Kota Kinabalu; SMK Lok Yuk Kota Kinabalu dan Sekolah Menengah (SM) Maktab Sabah.

Semua sekolah yang terlibat ini telah melepasi peringkat saringan melibatkan 14 buah sekolah sebelum ini.

Program ini juga dijangka akan turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Sains, Teknologi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif

Juara bagi kedua-dua kategori, masing-masing bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 beserta trofi dan sijil penyertaan; naib juara RM5,000 beserta trofi dan sijil penyertaan; tempat ketiga RM3,000 beserta trofi dan sijil penyertaan.

Penari terbaik lelaki dan penari terbaik perempuan masing-masing menerima wang tunai RM500 beserta trofi dan sijil penyertaan.

Program tersebut mendapat tajaan siaran dan hadiah daripada AJ Production dan kerjasama daripada rakan strategik RTM yang lain, antaranya UMS, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS terima 468 pelajar baharu program asasi, 40 asasi agrisains

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular