HomeIsu tempatanWanita ditangkap, kes laku khianat rumah pemain bola sepak pasukan Sabah FC

Wanita ditangkap, kes laku khianat rumah pemain bola sepak pasukan Sabah FC

Read Time:48 Second

KOTA KINABALU: Polis telah menangkap seorang wanita bersabit kes melakukan khianat ke atas rumah pemain bola sepak pasukan Sabah FC di Daerah Kota Kinabalu dalam kejadian pada 17 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah mengesahkan tangkapan suspek wanita tersebut.

Mohd Zaidi berkata, tangkapan tersebut adalah susulan pengadu pemain bola sepak Sabah telah membuat laporan polis mengatakan pintu rumahnya telah dirosakkan oleh bekas teman wanitanya pada 17 Jun 2023 jam 2.58 pagi.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan” kata Mohd Zaidi dalam kenyataannya hari ini.

Menurutnya, pada jam lebih kurang 8.00 malam tadi (21 Jun), suspek seorang wanita telah ditangkap untuk membantu siasatan berhubung kes tersebut.

“Dengan tertangkapnya suspek, pihak polis percaya dapat menyelesaikan kes ini.

“Pihak polis turut menasihati orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian dan menyebarkan sesuatu berita dari sumber yang tidak sahih berhubung kes ini yang telah dimuat naik dan tular di platform media sosial,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Teknologi membran selesai masalah pelbagai sektor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular