HomeUtamaDua kapal tenaga di sediakan di Sandakan, Lahad Datu bagi stabilkan bekalan...

Dua kapal tenaga di sediakan di Sandakan, Lahad Datu bagi stabilkan bekalan elektrik

Read Time:1 Minute, 40 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Dua kapal tenaga atau ‘power ship’ akan disediakan di dua buah daerah di negeri ini bagi menstabilkan kapasiti bekalan elektrik di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, kapal tenaga itu akan disediakan di Sandakan dan Lahad Datu sebagai salah satu inisiatif mengelak kejadian-kejadian teknikal yang lebih serius di Sabah.

“Seperti mana yang kita ketahui pada tiga minggu lalu, kita telah mengalami satu keadaan yang mana permintaan penggunaan elektrik telah hampir mencapai satu tahap maksima dengan jumlah yang boleh dibekalkan oleh grid elektrik kita di Sabah.

“Jadi apabila keadaan itu berlaku, maka pihak Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) terpaksa membuat catuan tenaga bagi memastikan bahawa ada ‘safety margin’ dalam sistem grid bekalan elektrik di Sabah bagi mengelak kejadian teknikal yang lebih serius terjadi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi Dialog Siswa sebuah akhbar tempatan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah di sini semalam.

Hadir sama pada sesi itu Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Datuk Masiung Banah.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, berikutan itu, Kerajaan negeri bersama SESB sedang menambah kapasiti bekalan elektrik melalui genset mudah alih selain mendatangkan dua buah kapal tenaga.

“Dengan adanya kapal tenaga ini dan genset mudah alih itu maka sumber bekalan tenaga yang dibekalkan ke grid sistem elektrik Sabah akan bertambah baik selain infrastuktur dari sudut tenaga juga berada dalam keadaan baik,” katanya.

Dalam pada itu, Shahelmey ketika ditemui berkata, kapal tenaga itu dijangka akan tiba dalam tempoh dua hingga tiga bulan dari sekarang.

Katanya, lebih 200 megawatt akan dapat dicapai sebaik kapal tenaga berkenaan beroperasi dan ianya diyakini dapat memberi satu keyakinan dan keselesaan terhadap bekalan elektrik dalam grid elektrik di Sabah.

“Di sebelah Pantai Barat kita mempunyai loji-loji janakuasa yang ada dan di sebelah Sandakan dan juga Lahad Datu adalah dua kawasan yang memang sedang memerlukan tambahan bekalan elektrik untuk memastikan aktiviti -aktiviti ekonomi dan industri di dua kawasan tersebut dapat dijalankan tanpa gangguan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Banyak pengisian baharu yang menarik sempena Regatta Lepa ke-29

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular