HomeIsu tempatanDBKK lantik Syarikat Ec Green Cycle Sdn Bhd laksana khidmat kutip sampah...

DBKK lantik Syarikat Ec Green Cycle Sdn Bhd laksana khidmat kutip sampah di perumahan & komersial

Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu telah melantik syarikat EC Green Cycle Sdn Bhd bagi melaksanakan perkhidmatan pengutipan sampah di kawasan perumahan dan komersial di zon Inanam, Manggatal dan Telipok – Sepanggar bermula pada 21 Jun 2023.

Ketua Pengarah DBKK Junainah Abbie berkata, perkhidmatan kontrak ini dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan pengutipan sisa pepejal
sekaligus mengatasi isu kritikal berkaitan pelupusan sampah dan seterusnya mencapai misi DBKK untuk menjadikan Kota Kinabalu sebuah bandaraya yang bersih, hijau dan berdaya huni.

Katanya, pengambilalihan zon yang terlibat akan dilaksanakan secara berfasa mengikut bilangan jentera lori
kompaktor kontraktor yang sedia untuk beroperasi.

“Secara keseluruhan, sebanyak 360 kawasan akan
diambil alih iaitu 108 kawasan taman perumahan dan 253 kawasan komersial termasuklah apartmen dan kondominium. Syarikat akan beroperasi sepenuhnya pada 01 Oktober 2023,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Junainah, jadual pengutipan yang ditetapkan adalah tiga kali seminggu bermula jam 6.00 pagi sehingga 2.00 petang bagi kawasan perumahan dan satu kali sehari bermula jam 4.00 petang sehingga 12.00 tengah malam bagi kawasan komersial.

“Justeru itu, DBKK menyeru kepada semua penduduk bandar raya untuk melupuskan sampah dengan bertanggungjawab
dan menggunakan tong sampah bersaiz 120 liter yang bertutup bagi kawasan perumahan serta memastikan sampah yang ingin dilupuskan hanyalah sisa domestik sahaja,” jelas beliau.

Beliau turut memaklumkan bahawa penduduk di kawasan zon yang terlibat boleh menghubungi syarikat EC Green Cycle Sdn Bhd melalui panggilan telefon atau Whatsapp di talian hotline 019 892 5441 atau terus menghubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal DBKK di talian 017 827 2217 untuk khidmat pengutipan sampah.

“Sebagai makluman, pengutipan sampah di kawasan perkampungan dalam zon Inanam, Manggatal dan
Telipok-Sepanggar masih lagi dilaksanakan sendiri oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu,” tambahnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Peserta Sugandoi, golongan muda diseru pelihara, promosi budaya Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya