HomeEkonomiSalahuddin ketuai “Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia – Brunei” di Teluk Sepanggar

Salahuddin ketuai “Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia – Brunei” di Teluk Sepanggar

Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub telah mengetuai “Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia – Brunei” Projek Pembekalan Gas Petroleum Cecair (LPG) Tidak Bersubsidi ke Negara Brunei Darussalam yang diadakan di Teluk Sepanggar, di sini, hari ini.

Program “Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia-Brunei” merupakan satu bentuk kerjasama ekonomi antara Malaysia dengan negara jiran yang bersempadan dengan negara ini dengan menumpukan kepada pembekalan barangan keperluan.

Objektif program ini adalah bagi meningkatkan keterjaminan bekalan serta peningkatan kerjasama perdagangan antara negara ini dan negara jiran.

Menurut Salahuddin, bagi program “Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia-Brunei”, ianya dimulakan dengan pembekalan LPG tidak bersubsidi dari Malaysia ke Brunei dan akan diperluaskan dengan barangan keperluan lain yang akan diperincikan di antara kedua-dua negara pada masa akan datang.

Katanya, PETRONAS menerusi pengeluaran LPG di loji Teluk Sepanggar, Sabah telah bersetuju untuk membekalkan sebanyak 150 Tan Metrik (MT) LPG tidak bersubsidi kepada Brunei.

“Pembekalan LPG disempurnakan oleh syarikat Brunei Shell Marketing Company (BMSC) Sendirian Berhad dari Terminal Minyak dan LPG Teluk Sepanggar, Sabah ke Brunei telah bermula 16 Jun 2023 sehingga 1 Julai 2023,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pada masa yang sama, Salahuddin berkata pihak KPDN memberi jaminan bahawa pembekalan LPG tidak bersubsidi ke Brunei tidak akan menjejaskan kelangsungan bekalan LPG di dalam negara.

Justeru katanya, kerjasama ekonomi serantau terutama dengan negara jiran adalah potensi baharu yang wajar diterokai dan dipertingkatkan oleh pemain industri perdagangan di negara ini.

“Adalah diharapkan “Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia-Brunei” ini dapat memberi pelbagai nilai tambah kepada kedua-dua negara dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi pada masa kini,” ujarnya.

Turut hadir Timbalan Menteri Tenaga, Kementerian Tenaga Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Matsetejo Sokiaw, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Paduka Mahmud Saidin, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri) KPDN, Datuk Roziah Abudin, Ketua Pegawai Operasi, Petronas Dagangan Berhad, Khalil Muri, Pengarah Kanan Sektor Barang Kawalan dan Subsidi KPDN, Dato’ Dr Stanley Tan, Pengarah KPDN Sabah, Georgie Abas serta pegawai-pegawai tertinggi dari Delegasi Kedutaan Negara Brunei, Pegawai-Pegawai Kanan dari KPDN dan Petronas Dagangan Berhad.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular