HomeSukan9 pasukan IPT bakal berentap rebut gelaran juara Varsity Aerodance Championship 2023

9 pasukan IPT bakal berentap rebut gelaran juara Varsity Aerodance Championship 2023

Read Time:57 Second

Kota Kinabalu : Orang ramai di sekitar Kota Kinabalu dipelawa untuk hadir memeriahkan penganjuran ‘Varsity Aerodance Championship 2023’ yang akan berlangsung esok.

Kejohanan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu akan diadakan di The Oval, Imago Shopping Mall, di sini.

Pengarah Pusat Sukan UMS Ahmadi Nurdin berkata, kejohanan julung kali diadakan itu turut disertai seramai 300 orang peserta terdiri daripada sembilan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) seluruh Malaysia.

“Terima kasih kepada pihak KPT kerana memberi kepercayaan kepada UMS untuk menganjurkan kejohanan yang julung kali diadakan melibatkan seluruh IPT di Malaysia.

“Di harap kejohanan ini akan dapat menjadi pemangkin kepada kecemerlangan sukan negara serta mewujudkan lagi budaya bersukan di IPT selain memperkasakan modal insan yang seimbang dan berkualiti dari segi akedemik dan sukan,”katanya dalam kenyataan di sini.

Ahmadi berkata, kejohanan itu akan dirasmikan Setiausaha Bahagian Bahagian Perancangan Strategik IPT KPT Fazidah Mustafa.

Antara pasukan yang bakal menyertai terdiri daripada UMS; Cyberjaya College Kota Kinabalu; Politeknik Kota Kinabalu; City University Malaysia Sabah; Cosmopoint College Kota Kinabalu dam Kolej Geomatika Keningau.

Turut menyertai Universiti Teknologi Petronas; Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan Universiti Malaysia Pahang. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah luluskan peruntukan RM12.24 juta naik taraf kemudahan Stadium Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular