HomeUtamaKKDW Peruntuk RM12.8 juta Bagi Program Pembangunan Dan Usahawan

KKDW Peruntuk RM12.8 juta Bagi Program Pembangunan Dan Usahawan

Read Time:1 Minute, 25 Second

BERNAMA

SEREMBAN — Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM12.8 juta membabitkan 5,757 penerima untuk program pembangunan dan usahawan di negeri ini.

KKDW dalam kenyataan hari ini memaklumkan antara bantuan berkenaan ialah Bantuan Keseluruhan Program Pembangunan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Peringkat Negeri Sembilan bagi tempoh Januari hingga Jun ini berjumlah RM12.3 juta kepada 5,729 pekebun kecil.

Selain itu, RM277,000 pula menerusi FELCRA Berhad dengan RM190,000 kepada enam penerima Program Premis Perniagaan manakala Program Agro Pertanian dan Fertigasi kepada 20 penerima sebanyak RM87,000

“KKDW menerusi Bantuan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) turut menyerahkan RM188,000 kepada dua penerima,” menurut kenyataan itu.

Bantuan berkenaan diberikan pada program Sentuhan Kasih Desa (SKD) Negeri Sembilan di Dataran Nilai, dekat sini hari ini yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menurut kenyataan itu, program SKD itu akan diadakan di lima negeri selepas ini iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Terengganu sekali gus memberi peluang kepada kerajaan mendengar suara hati rakyat secara dekat serta menawarkan pelbagai inisiatif kementerian kepada rakyat.

Sementara itu, kenyataan itu memaklumkan KUD@NS Fest yang turut diadakan bermula 22 Jun hingga esok mengetengahkan 12 usahawan desa di Arena Usahawan merangkumi sektor pemakanan, perkhidmatan dan tekstil.

Program berkenaan turut menyediakan ruang kepada usahawan luar bandar dalam memasarkan produk jualan melalui jualan langsung, pemadanan dan rancangan perniagaan selain mempromosikan produk dan perkhidmatan luar bandar.

RELATED ARTICLES
Utama

51 rumah setinggan dirobohkan, 6 PTI ditangkap

Buaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular