HomeIsu tempatanPekerja wanita patah jari tangan kiri tersepit dalam mesin buat kulit dumpling

Pekerja wanita patah jari tangan kiri tersepit dalam mesin buat kulit dumpling

Read Time:43 Second

KOTA KINABALU: Seorang pekerja wanita mengalami kecederaan patah jari tangan kiri selepas tangannya tersepit di mesin pembuatan kulit dumpling dalam kejadian yang berlaku di sebuah restoran di Menggatal Plaza dekat sini pada petang Sabtu.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 2.32 petang Sabtu (24 Jun).

Lokasi kejadian seoarang pekerja wanita tersepit tangan kiri dalam mesin pembuatan kulit dumpling. – Foto ihsan JBPM Sabah

“Sepasukan Bomba tiba di lokasi kejadian mendapati tangan mangsa seorang pekerja wanita berjaya dikeluarkan dari mesin oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan Bomba.

“Mangsa berumur 19 tahun itu menerima rawatan awal dari anggota Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS.

“Seterusnya mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut menggunakan kenderaan EMRS dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.10 petang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular