HomeUtamaTaklimat isu-isu semasa beri manfaat besar kepada masyarakat luar bandar - Ellron

Taklimat isu-isu semasa beri manfaat besar kepada masyarakat luar bandar – Ellron

Read Time:1 Minute, 51 Second

KENINGAU: Program taklimat isu-isu semasa memberikan manfaat besar buat masyarakat khususnya mereka yang berada di kawasan luar bandar, kata Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin.

“Harapan saya agar taklimat isu-isu semasa yang dikemukakan oleh penceramah memberikan manfaat buat masyarakat luar bandar, malah mereka akan lebih arif dan faham mengenai isu-isu semasa dan tidak menyebarkan maklumat yang salah dan tidak tepat, ” katanya.

Ellron berkata demikian dalam ucapannya sempena Program Taklimat Isu-isu Semasa 2023 Daerah Keningau di Dewan Membulu, Kampung Membulu Mukim Ansip, Sook kelmarin.

Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook turut menggalakkan agar penduduk kampung yang hadir pada taklimat berkenaan berkongsi maklumat penting kepada mereka yang tidak sempat hadir.

Katanya, memandangkan taklimat ini merupakan platform penting dalam menyalurkan informasi yang tepat lebih-lebih mereka yang diundang sebagai penceramah hari ini merupakan agensi-agensi kerajaan yang penting.

Beliau juga berharap agar program seumpama itu akan disebar luaskan lagi di kawasan-kawasan luar bandar agar rakyat di sana turut menerima input-input penting dan maklumat yang sahih mengenai agensi-agensi kerajaan.

Program berkenaan adalah anjuran bersama Jabatan Penerangan Keningau, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.45 Sook dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Kuala Punteh, Kampung Mempulut dan Kampung Kuala Tigasa.

Seramai 89 orang daripada penduduk sekitar menyertai program berkenaan.

Antara agensi kerajaan yang hadir memberikan ceramah ialah Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau yang disampaikan oleh Dr. Nir Atiqah Zakaria, Pengurus Program Unit Rancangan Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, dengan tajuk taklimat “Pencegahan Nyamuk Aedes dan Malaria” manakala Jupini Salim Penolong Kanan Jabatan Pertanian Keningau menyampaikan taklimatnya bertajuk Bantuan Insentif Pertanian & Pemasaran Produk Pertanian.

Dua taklimat lain daripada Balai Bomba dan Penyelamat Keningau, Pegawai Kanan Bomba Kanan 2, Leong Hoi Min menyampaikan taklimat bertajuk “Keselamatan Kebakaran & Demonstrasi Alat Pemadam Api”, manakala Mohd Nazre Jumaad Penolong Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Daerah Keningau menyampaikan taklimat bertajuk “Hak-hak Pengguna”.

Program tersebut merupakan agen perubahan yang penting dalam menyebarkan informasi yang tepat dan sahih berkaitan agensi-agensi kerajaan kepada masyarakat khususnya mereka yang tinggal di luar bandar.

Turut hadir dalam taklimat berkenaan, Awang Mamun Awang Saman Pegawai Penerangan Daerah Keningau, Ketua-ketua kampung sekitar, Pengerusi-pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan penduduk kampung.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Negeri sokong penuh pindaan Ordinan Buruh Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya