HomeSukanUMS berjaya menjuarai kejohanan 'Varsity Aerodance Championship 2023'

UMS berjaya menjuarai kejohanan ‘Varsity Aerodance Championship 2023’

Read Time:1 Minute, 3 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Pasukan mewakili Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya menjuarai kejohanan ‘Varsity Aerodance Championship 2023’ seterusnya menewaskan lapan pasukan lain yang menyertai.

Kejohanan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama UMS itu telah dirasmikan oleh Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Strategik Institusi Pengajian Tinggi (IPT) KPT Fazidah Mustafa.

Dengan kemenangan itu, pasukan mewakili UMS itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM2,000.

Naib johan kejohanan berjaya dimenangi pasukan mewakili Universiti Teknologi Petronas (UTP) seterusnya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,000.

Pemenang bagi tempat ketiga berjaya dimenangi pasukan mewakili Politeknik Malaysia seterusnya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500.

Pasukan mewakili Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan pasukan mewakili Universiti Teknologi Mara (UiTM) masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima.

Selain lima pasukan itu, turut menyertai adalah Cyberjaya College Kota Kinabalu; City University Malaysia Sabah; Cosmopoint College Kota Kinabalu dan Kolej Geomatika Keningau, namun tidak berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir.

Kesemua hadiah disampaikan Fazidah dan turut dihadiri Timbalan Naib Canselor UMS (Hal Ehwal Pelajar dan Akademik) Profesor Madya Dr Raman Noordin.

Kejohanan julung kali diadakan yang berlangsung di The Oval Imago Shopping Mall itu berjaya mengumpulkan seramai 300 orang peserta terdiri daripada sembilan IPT seluruh Malaysia. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah luluskan peruntukan RM12.24 juta naik taraf kemudahan Stadium Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular