HomeUtamaToraja Sabah diseru bersama kerajaan angkat industri pelancongan dalam bidang kebudayaan -...

Toraja Sabah diseru bersama kerajaan angkat industri pelancongan dalam bidang kebudayaan – Christina

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Keturunan Toraja Sabah diseru untuk bersama-sama kerajaan mengangkat industri pelancongan di negeri ini khususnya dalam bidang kebudayaan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew berkata, etnik toraja kaya dengan kebudayaan unik dan tarian yang menarik dan sudah pasti ini menjadi nilai tambah dalam memperkenalkan lagi negeri Sabah sebagai pusat pelancongan di rantau ini.

“Justeru, untuk persatuan yang baru ini, diharap agar dapat bersama-sama kerajaan mengangkat industri pelancongan di negeri ini khususnya dalam bidang kebudayaan,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Persatuan Keturunan Toraja Sabah di Dewan Kebudayaan Penampang pada 18 Jun lalu.

Teks ucapan Datuk Christina Liew dibacakan oleh Setiausaha Politik beliau, Vivien Lee.

Beliau berkata, untuk makluman, persatuan ini telah didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) Kota Kinabalu dan telah diluluskan pada 3 April 2023.

“Suku kaum Toraja ini berasal dari Kepulauan Sulawesi Selatan Indonesia dan pada mulanya masuk ke Sabah untuk bekerja di awal tahun 1940’an sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.

“Masyarakat Toraja ialah masyarakat minoriti di sabah yang sudah menyumbang dalam pelbagai bidang seperti guru, doktor, pasukan keselamatan, jurutera malah dalam bidang pertanian banyak menyumbang dalam bekalan keperluan sayuran di Sabah.

“Harapan saya agar marilah kita kekalkan perpaduan sedia ada untuk kesejahteraan negeri kita tercinta ini,” katanya.

Beliau juga turut berharap semua kaum di negeri ini berganding bahu untuk mewujudkan perpaduan dan keharmonian yang menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah tuan rumah ATE 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular