HomeSukanEizlan, Nur Aishah dinobatkan Olahragawan, Olahragawati UMS

Eizlan, Nur Aishah dinobatkan Olahragawan, Olahragawati UMS

Read Time:2 Minute, 6 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Mohamad Eizlan Dahalan dan gadis ‘turbo’ Sabah Nur Aishah Rofina Aling masing-masing berjaya dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati UMS.

Kedua-kedua mereka menerima anugerah pada Majlis Anugerah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (MAHEPA) kali ke-24 yang disempurnakan Menteri Pendidikan Tinggi Dato Seri Mohamed Khaled Nordin.

Eizlan dan Nur Aishah diberi penghargaan selepas pencapaian cemerlang sepanjang tahun lalu termasuk dalam beberapa kejohanan di peringkat antarabangsa.

Antara pencapaian terbaik yang direkodkan Eizlan apabila berjaya memenagi pingat emas dalam acara lompat tinggi pada kejohanan Sukan Universiti Asean kali ke-20 yang berlangsung di Thailand pada 26 Julai hingga 6 Ogos tahun lalu.

Selain itu, Eizlan turut berjaya memenangi pingat emas dalam kejohanan sukan institusi pengajian tinggi (SUKIPT) dan berjaya memecahkan rekod kejohanan serta membawa pulang pingat perak pada Sukan Malaysia (SUKMA) di Kuala Lumpur.

Pada kejohanan Sukan Sea di Vietnam, Eizlan turut berjaya membawa pulang satu pingat gangsa manakala pada kejohanan Sukan Sea ke-32 di Phnom Penh Kemboja beliau hanya meraih tempat keempat.

Bagi Nur Aishah, antara pencapaian yang berjaya direkodkan adalah memenangi pingat emas dan perak masing-masing dalam acara 4×100 dan 200 meter pada kejohanan Sukan Universiti Asean kali ke-20.

Gadis ‘turbo’ yang pernah tular dengan larian yang luar biasa turut berjaya memenangi pingat gangsa dalam acara 4 x100 meter (wanita) pada kejohanan Sukan Sea ke-32 di Phnom Penh Kemboja Mei lalu selain berjaya memecahkan rekod kebangsaan.

Selain Eizlan dan Nur Aishah, pemenang pingat gangsa bagi acara lompat tinggi pada kejohanan Sukan Sea ke-32 di Phnom Penh, Farrell Glenn Felix Jurus diumumkan sebagai atlet harapan lelaki.

Manakala bagi atlet harapan perempuan pula berjaya dimenangi Ezla Joanes dan kesemua mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM300, trofi dan sijil.

Majlis penyampaian anugerah menerusi Kluster Pembangunan Sosial itu telah disampaikan Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr Kasim Mansor.

Dalam pada itu, Farrel dan Nur Aishah turut menerima insentif kemenangan atlet atas kejayaan membawa pulang pingat di kejohanan Sukan Sea ke-32 di Phnom Penh berjumlah RM2,500.

Terdahulu, Mohamed Khaled ketika berucap berkaya, kehidupan di universiti adalah satu fasa kritikal dan ia tempoh yang mesti dimanfaatkan dengan sebaiknya.

“Bukan sahaja dalam konteks akademik, tetapi dari semua dimensi lain yang menyentuh kedewasaan dan kematangan.

“Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyediakan ruang dan peluang agar generasi muda menjadi matang dan dewasa seiring dengan pembinaan kapasiti intelektual dan kembara ilmu,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Nguyen Anh Minh & Sieun Lee dinobatkan juara Kejohanan Golf Amatur...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular