HomeUtamaKerajaan Kelantan perlu lebih 'hikmah' dalam mendenda orang bukan muslim

Kerajaan Kelantan perlu lebih ‘hikmah’ dalam mendenda orang bukan muslim

Read Time:1 Minute, 55 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) yang mengeluarkan notis kompaun terhadap seorang wanita bukan Islam selepas memakai pakaian tidak sopan boleh memberi kesan kepada sektor pelaburan di Malaysia.

Ia juga boleh memberi persepsi negatif kepada media antarabangsa mengenai penguatkuasaan sebuah Kerajaan negeri kepada individu bukan Islam di negara ini.

Untuk rekod Media Antarabangsa sebelum ini telah pun memainkan isu pakaian sekumpulan pemuda daripada sebuah parti politik yang berarak dengan berpakaian perang lengkap bersenjata, menimbulkan kegerunan orang ramai pada bulan Mac lalu.

Ianya ditambah lagi dengan laporan mengenai ‘green wave’ yang dilaporkan oleh media Singapura yang sudah tentunya akan menimbulkan kegusaran pelabur luar dan memberikan Malaysia bukan lagi negara Islam yang moderate bagi mereka.

Seorang penduduk di Kota Kinabalu yang ditemui Sabah Media berkata, tindakan seperti itu akan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan orang yang bukan Muslim untuk meneruskan kehidupan mereka di Malaysia

“Kita di Sabah, mempunyai rasa yang hormat mengenai hak-hak seorang rakyat bersandarkan prinsip perlembagaan negara kita iaitu, Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa ‘Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”.

“Justeru Majlis Perbandaran haruslah menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh rasa hikmah kerana negara Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan haruslah penguatkuasaan itu dijalankan  dengan penuh rasa kasih sayang dan tidak terlalu menghukum,”katanya.

Semalam tular berita mengenai seorang wanita berusia 35 tahun yang menjalankan perniagaan pakaian, dikenakan kompaun itu semasa pemeriksaan mengejut oleh pegawai penguat kuasa majlis itu.

Yang Dipertua MPKB Rosnazli Amin berkata, para pegawai terlibat telah pergi ke kedai berkenaan yang terletak di Jalan Merbau kira-kira jam 11 pagi.

Beliau berkata, pemilik premis bukan Islam itu didapati memakai kemeja T berlengan pendek dan seluar jean paras peha.

Rosnazli berkata, wanita itu didapati melakukan kesalahan di bawah 34(2)(b) Undang-undang Kecil Perniagaan dan Perdagangan Perindustrian 2019.

Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian MPKB 1985, dengan undang-undang berkaitan pemakaian sopan sudah lama diguna pakai terhadap penduduk Kelantan termasuk bukan Islam.

Difahamkan, wanita itu mempunyai masa tujuh hari daripada tarikh notis dikeluarkan untuk menjelaskan denda, jika enggan dikenakan tindakan lanjut.

Kejadian itu tular di media sosial selepas ahli keluarga wanita berkenaan memuat naik notis kompaun dan turut menimbulkan perdebatan warganet. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular