HomeUtamaPolis tangkap lelaki tidak siuman cabul tiga wanita

Polis tangkap lelaki tidak siuman cabul tiga wanita

Read Time:1 Minute, 48 Second

TUARAN: Polis berjaya menangkap seorang suspek lelaki dipercayai tidak siuman kerana terlibat dengan kes cabul tiga mangsa wanita dalam satu kejadian yang berlaku di kawasan Pekan Tuaran pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Tuaran
Deputy Superintenden Noraidin Ag Maidin berkata, sebanyak tiga laporan polis telah dibuat pada hari sama kejadian oleh pengadu tiga wanita terbabit berumur 15 hingga 31 tahun iaitu kesemua mangsa mengatakan pada Sabtu 24 Jun 2023 jam lebih kurang 1.00 petang hingga 4.00 petang, bertempat di Pekan Tuaran, seorang lelaki yang tidak dikenali telah mencabul kesemua mangsa.

Katanya, menurut laporan itu juga ada dikalangan mangsa mengalami kerugian wang tunai kerana dilarikan oleh suspek. Pengadu membuat laporan polis itu sebagai makluman dan tindakan selanjutnya.

Menurut Noraidin, hasil siasatan awal dikalangan mangsa mengatakan, suspek telah datang secara tiba-tiba memeluk mangsa dari arah belakang dan mencabul mangsa.

“Selain itu, suspek juga bertindak agresif merampas beg tangan dan terus melarikan diri menyebabkan mangsa mengalami kerugian wang tunai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, Noraidin berkata, pada 25 Jun 2023 jam 3.00 petang, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Tuaran dan Balai Polis Tuaran telah menangkap seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes tersebut dan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran untuk soal siasat.

Katanya, selepas tangkapan dibuat, ujian saringan awal air kencing telah dibuat terhadap suspek dan hasil dari
saringan tersebut suspek positif dadah.

“Hasil siasatan mendapati suspek merupakan seorang lelaki berumur 29 tahun yang berasal daripada daerah Tuaran. Suspek tidak siuman dan merupakan pesakit yang berdaftar di Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu.

“Suspek juga mempunyai Kad OKU Malaysia kategori kurang upaya mental. Suspek baharu sahaja tiga hari dikeluarkan daripada wad Hospital Mesra Bukit Padang Kota Kinabalu
dan menerima rawatan susulan setiap minggu,” jelasnya.

Justeru itu, Noraidin menasihatkan masyarakat supaya tidak gusar kerana suspek adalah tidak siuman dan telah
ditangkap oleh pihak polis.

“Pihak polis juga menasihatkan orang ramai supaya bertindak pantas untuk menghubungi pihak polis sekiranya insiden seperti ini terutamanya yang
berlaku di dalam daerah ini supaya tindakan dapat diambil dengan segera.

“Ibu Pejabat Daerah Tuaran juga akan sentiasa mengambil perhatian yang serius dan tindakan sewajarnya
berkenaan maklumat yang disalurkan di sekitar daerah ini,” tegas beliau.

RELATED ARTICLES
Utama

Jemaah haji diharap jadi duta promosi TH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular