HomeUtamaKinabalu Park Charity Run 2023 berlangsung 11 November ini

Kinabalu Park Charity Run 2023 berlangsung 11 November ini

Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar telah mengesahkan Kinabalu Park Charity Run 2023, yang pertama dijadualkan berlangsung pada 11 November ini di Taman Kinabalu, tapak Warisan Dunia UNESCO yang pertama di Malaysia yang juga dalam Kinabalu UNESCO Global Geopark yang baru diisytiharkan.

Menterinya Datuk Christina Liew memberi sokongan itu selepas taklimat mengenai acara itu oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sutera Sanctuary Lodges (SSL), Ravi Kathiravelu dan Pengarah Taman-Taman Sabah, Dr Maklarin Lakim di Pejabat Kementerian pada Isnin. SSL dan Taman-Taman Sabah merupakan penganjur larian amal itu bertemakan “Run & Pave a Path for Hope”.

“Kami (Kementerian) menyokong penuh larian itu kerana ia adalah usaha murni. Ini adalah acara amal bagi membantu Yayasan Starfish Malaysia dan Persatuan Penjagaan Paliatif Kota Kinabalu

“Dengan sokongan orang ramai juga, saya yakin ia akan membawa perubahan dalam kehidupan kanak-kanak kurang bernasib baik Sabah yang tinggal di kawasan luar bandar serta menyediakan penjagaan paliatif yang penting kepada masyarakat yang memerlukan sokongan paliatif,” katanya.

Christina berkata, pihak penganjur mensasarkan untuk mengumpul sejumlah RM400,000 untuk penerima, dana yang dikumpul melalui tajaan dan pendaftaran peserta akan digunakan untuk menyediakan sumber dan bantuan yang amat diperlukan kepada Yayasan Starfish Malaysia dan Persatuan Penjagaan Paliatif Kota Kinabalu.

Sementara itu, Kathiravelu berkata Kinabalu Park Charity Run adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) SSL.

“Objektifnya adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai Taman, dan status UNESCO Global Geopark di kalangan masyarakat tempatan dalam memainkan peranan aktif untuk menyokong dan menyumbang kepada masyarakat sekali gus memupuk hubungan kerja dengan Taman-Taman Sabah sebagai usaha sama bagi mempromosikan budaya dan aktiviti di dalam taman,” jelasnya.

Menurutnya, acara itu juga bertujuan memberi impak berpanjangan kepada kehidupan ribuan kanak-kanak di Pitas, Kudat.

“Ada yang menghadapi kesusahan yang tidak dapat dibayangkan, kehilangan keperluan asas, pendidikan, penjagaan kesihatan dan keselesaan,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Tetap I Kementerian, Mary Malangking dan Pengerusi Kinabalu Park Charity Run 2023, Haron Aziz.

RELATED ARTICLES
Utama

FCDO  jamin teliti permintaan Sabah tarik semula larangan perjalanan ke Pantai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular