HomeUtamaSemak semula Enakmen Hutan 1968 untuk klasifikasi baharu hutan simpan komuniti -...

Semak semula Enakmen Hutan 1968 untuk klasifikasi baharu hutan simpan komuniti – Hajiji

Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu Jabatan Perhutanan menyemak semula Enakmen Hutan 1968 untuk memasukkan klasifikasi baharu hutan simpan untuk masyarakat.

“Ini bagi menggalakkan masyarakat setempat melibatkan diri dalam usaha pemuliharaan hutan, selain pertimbangan penempatan masa depan untuk mereka mengikut keperluan dan kesesuaian mereka,” katanya.

Berucap pada Majlis Apresiasi Perhutanan di Magellan Sutera Resort pada malam Isnin, Hajiji berkata Kerajaan Negeri menyokong penuh usaha Jabatan Perhutanan Negeri dalam melindungi, memelihara dan memulihara hutan di Sabah.

Selepas pindaan Enakmen Hutan baru-baru ini diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri, beliau berkata hutan simpan kekal negeri akan meningkat kepada 566.57 hektar.

Beliau berkata 3.575 juta hektar hutan di Sabah dilindungi sepenuhnya sekarang berbanding 3.574 juta hektar tahun lepas, sambil menambah bahawa ini mewakili 64 peratus daripada keluasan tanah negeri.

Ketua Menteri mahu Jabatan Perhutanan Negeri meningkatkan usaha melindungi hutan Sabah melalui pelbagai langkah antaranya melalui Heart of Borneo (HoB) yang bermula pada 2007 dan inisiatif Forest Beyond Timber yang meneroka potensi menjana hasil bukan kayu daripada hutan sebagai alternatif untuk mencipta pendapatan baharu bagi negeri.

“Usaha ini penting untuk menyokong pemuliharaan hutan melalui peralihan daripada pergantungan kepada bekalan sumber kayu daripada hutan dara kepada pendapatan bukan berasaskan kayu.

“Peralihan ini akan membantu Sabah mengekalkan peratusan tutupan hutan. Justeru, saya berharap usaha pemuliharaan ini akan diteruskan dengan penuh semangat, kecekalan dan dedikasi agar khazanah hutan Sabah terus terpelihara,” katanya.

Pada Majlis Apresiasi itu, 24 pemegang lesen Perjanjian Lesen Pengurusan Hutan Lestari (SFMLA) dan 13 pengurus kawasan Pengurusan Hutan Lestari (SFM) menerima sijil akreditasi daripada Jabatan Perhutanan Negeri bagi pencapaian pematuhan tahun ini.

Ketua Menteri berharap pensijilan itu akan terus memotivasikan syarikat konsesi SFMLA dan pengurus kawasan SFM untuk mencapai sasaran tahun ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Membakut dilanda banjir, 24 KIR ditempatkan di PPS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular