HomePolitikGagasan Rakyat alu-alukan penyertaan golongan belia - Mohd Arsad

Gagasan Rakyat alu-alukan penyertaan golongan belia – Mohd Arsad

Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk, Datuk Mohd Arsad Bistari mengalu-alukan penyertaan ahli baharu dari pelbagai golongan dan lapisan masyarakat ke dalam Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), terutamanya golongan belia dari DUN yang diwakilinya.

Katanya, penyertaan anak muda ke dalam Gagasan Rakyat dapat membantu parti pemerintah mendapatkan maklumat dan gambaran tepat mengenai keperluan serta aspirasi golongan yang mendominasi populasi penduduk Sabah.

Beliau yang juga Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Tempasuk berkata, selaku parti pemerintah, dasar, perancangan dan gerak kerja kerajaan perlu berpaksikan kepada kesan dan hasil terhadap golongan majoriti.

“Menyedari populasi belia di Sabah ketika ini adalah yang terbesar iaitu kira-kira 2.07 juta dan kedua terbesar di Malaysia selepas Selangor (2.9 juta), ini justifikasi betapa signifikannya penglibatan belia ke dalam Gagasan Rakyat terutamanya di Tempasuk.

“Ini akan membantu Gagasan Rakyat Tempasuk maju dan melangkah ke hadapan dalam konteks perancangan pembangunan sekaligus memastikan hasilnya kelak menepati cita rasa rakyat”, katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Gagasan Rakyat Bahagian Tempasuk, dekat sini baru-baru ini.

Menurut Arsad penglibatan golongan belia dalam platform kepartian seperti Gagasan Rakyat secara tidak langsung turut berperanan sebagai pemangkin kepada kekuatan suara rakyat di Borneo yang sedang diperjuangkan oleh parti itu bersama rakan-rakan parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Beliau berkata, ia sekaligus menyumbang dan menjamin kestabilan politik di negeri ini yang kini sedang membangun di bawah Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dibawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Arsad berkata, pra syarat kepada kelancaran pembangunan di negeri ini ialah kestabilan politik. Justeru penglibatan anak muda dari pelbagai lapisan masyarakat ke dalam Gagasan Rakyat amat penting dan dialu-alukan.

“Jika dilihat dalam konteks yang lebih luas, kekuatan Gagasan Rakyat akan turut menyumbang kepada kekuatan suara GRS dan rakyat Borneo itu sendiri.

“Justeru, penglibatan anak muda ke dalam Gagasan Rakyat akan berperanan sebagai ejen kestabilan negeri ini dalam konteks kelancaran pembangunan dibawah Pelan Pembangunan dan Haja Tuju SMJ,” tegas Arsad.

Beliau turut menyarankan Ahli Jawatankuasa Bahagian, Sayap Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat Bahagain Tempasuk terus bergerak sesuai dengan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan demi memperkasakan parti disamping permuafakatan dalam GRS kekal lestari.

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat Penasihat Komuniti Puisi Esei Asean Denny JA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya