HomeUtamaPenceramah bebas mohon maaf, dakwa ungkapan ‘musuh Allah’ disalah tafsir

Penceramah bebas mohon maaf, dakwa ungkapan ‘musuh Allah’ disalah tafsir

Read Time:1 Minute, 21 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kuala Lumpur : Penceramah bebas Ustaz Zainul Asri Mohd Romli tampil memohon maaf berhubung ucapannya berkenaan isu musuh Allah dalam program Kedah Berselawat baru-baru ini.

Beliau memberi penjelasan berhubung kenyataan itu menerusi satu video kuliahnya yang dimuat naik di aplikasi Instagram semalam.

“Saya memohon maaf kepada muslimin dan muslimat, rakyat Malaysia yang tersentuh dengan ucapan berkenaan.

“Sesungguhnya saya tidak menyasarkan ucapan itu kepada mana- mana kumpulan dan mengaitkan mana-mana parti politik dan kepada sesiapa sahaja. Yang saya maksudkan di dalam ucapan ialah mengenai firman Allah iaitu tidak akan meredhai golongan yahudi dan nasrani sehinggalah kamu mengikut jejak langkah kehidupan mereka,” katanya.

Beliau juga berharap dengan pencerahannya itu akan memberikan keharmonian kepada semua umat Islam di negara ini.

Semalam Pakatan Harapan (PH) membuat laporan polis terhadap pendakwah bebas Zainul Asri Mohd Romli kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan apabila menyamakan musuh politik dengan ‘musuh Allah’.

Ketua Biro Mobilisasi Pusat Media PH, Mohamad Yahya yang membuat laporan berkenaan di Balai Polis Jalan Dang Wangi itu berkata, ucapan yang diungkapkan oleh Zainul itu jelas mengaitkan dengan pilihan raya negeri (PRN) yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Dengan menyamakan musuh politik dengan musuh Allah, bermaksud musuh politik juga boleh diperangi seperti mana beberapa insiden yang pernah berlaku sebelum ini.

“Ungkapan sebegini adalah satu bentuk hasutan dan jelas boleh menimbulkan salah faham di kalangan rakyat dan berbahaya kepada kestabilan dan keselamatan negara serta mengugat ketenteraman awam.

“Perkataan musuh Allah sering kali digunakan oleh kumpulan-kumpulan pengganas dan ekstremis bagi tujuan menghasut pengikut mereka untuk bertindak di luar batasan undang-undang. Perkara ini wajib dihentikan segera,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Gagasan Rakyat Likas jadi rakan strategik DBKK bagi penduduk di DUN...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular