HomePolitikHajiji Lancar Jelajah Wanita GRS 23 Julai ini

Hajiji Lancar Jelajah Wanita GRS 23 Julai ini

Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU: Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mengadakan jelajah yang meliputi enam zon di Sabah dan dijangka akan dilancar Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada 23 Julai depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu.

Ketua Wanita GRS, Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata dijangka lebih kurang 500 wanita GRS seluruh Sabah akan hadir melibat enam zon iaitu Zon 1 (Tuaran, Kota Belud, Kota Marudu, Kudat), Zon 2 (Sepanggar, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan), Zon 3 (Papar, Kimanis, Beaufort, Sipitang), Zon 4 (Ranau, Keningau, Tenom, Pensiangan), Zon 5 (Beluran, Kinabatangan, Libaran, Batu Sapi, Sandakan) dan Zon 6 (Lahad Datu, Semporna, Tawau, Kalabakan).

Beliau berkata untuk permulaan Jelajah Wanita GRS di enam zon akan dimulakan di peringkat negeri yang akan diadakan pada 23 Julai ini dan selepas itu di setiap zon yang akan dihadiri oleh Wanita GRS di setiap zon.

Beliau berkata demikian semasa mempengerusi Mesyuarat Wanita GRS di Pejabat GRS Alamesra semalam.

Turut hadir Timbalan Pengerusi GRS, Datuk Flovia Ng (Star), Datin Malianah Ugau (PBS), Norizah Mohammad Noor (SAPP), Puan Sri Diana Diego (Usno), Glenna Wong Kuen Yin (LDP), Norizian Dumit (PHRS), Penolong Setiausaha GRS, Salmah Sait serta ahli jawatankuasa GRS Wanita Sabah.

Azizah turut mengalu-alukan penyertaan Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) dan LDP dalam GRS baru-baru ini.

“Wanita GRS akan terus turun ke akar umbi bagi memastikan kemenangan GRS dalam pilihanraya akan datang. Wanita GRS menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor selaku Pengerusi GRS dan Ketua Menteri Sabah, kerana komitmen beliau terhadap agenda Sabah First memastikan pembangunan sama rata untuk semua rakyat Sabah tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.

“Wanita GRS turut menyatakan sokongan padu mereka kepada kerajaan GRS dan mengharapkan kerjasama erat terutamanya di peringkat akar umbi dan menyatukan lebih ramai rakyat Sabah untuk menjadi sebahagian daripada perjuangan gabungan itu,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat Penasihat Komuniti Puisi Esei Asean Denny JA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya