HomeIsu tempatanKilang curi karan dikenakan tindakan

Kilang curi karan dikenakan tindakan

Read Time:50 Second

PENAMPANG: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) bertindak memotong bekalan elektrik di sebuah kilang dipercayai melakukan sambungan elektrik secara haram untuk beroperasi dalam kejadian di Jalan Nosoob dekat sini baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dikeluarkan dari Facebook SESB Careline, pemilik kilang itu didapati mencuri arus elektrik walaupun permohonan secara sah telah dibuat untuk penyambungan meter elektrik.

Meter tidak dipasang.
Sambungan wayar secara haram untuk mencuri arus elektrik di kilang tersebut. – Foto ihsan facebook SESB Careline

“Bagaimanapun, sambungan wayar secara haram itu telahpun dipotong oleh pasukan teknikal SESB.

“Tindakan saman mahkamah sedang diambil ke atas pemilik kilang tersebut,” kata kenyataan di Facebook berkenaan pada Selasa.

Pada masa sama, turut dimuat naik beberapa gambar melibatkan sebuah kilang dan kerja pemotongan wayar sambungan secara haram oleh pasukan teknikal SESB.

Sehubungan dengan itu, SESB turut menasihati orang ramai supaya tidak melakukan penyambungan haram untuk mencuri arus elektrik.

Kegiatan mencuri arus elektrik ini juga boleh mengancam keselamatan manusia selain kerugian yang lebih besar jika berlakunya litar pintas yang menyebabkan kebakaran.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

‘Dapur Kita-Kita’ bantu ringankan pekerja berpendapatan rendah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular