HomeUtama68 PATI dihantar pulang ke negara asal

68 PATI dihantar pulang ke negara asal

Read Time:1 Minute, 38 Second

Tawau : Seramai 68 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia dihantar pulang ke negara asal menerusi pelaksanaan Program Pemindahan Tahanan PATI yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah di sini semalam. 

Pengarah JIM Sabah Datuk Sharifah Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, pemindahan yang menggunakan jalan laut itu dilaksanakan dengan kerjasama Konsul Republik Indonesia (KRI) di Tawau.

Katanya, tahanan yang dipindahkan balik ke negara asal itu dilaksanakan secara terus ke Pelabuhan Nunukan, Terminal Tunon Taka Indonesia.

“Daripada 68 tahanan yang dipindahkan, seramai 63 tahanan adalah lelaki dan lima orang lagi adalah tahanan perempuan.

“Bagi tahanan dewasa purata umur adalah dari 19 sehingga 62 tahun dan tiada kanak- kanak yang terlibat dengan program penghantaran pulang kali ini

“Proses pemindahan tahanan dengan iringkawal masuk sehingga ke dalam Vessel (Laut) MID EAST EXPRESS NO.1 NO REG. 329501,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sitti Saleha berkata,  kesemua PATI yang ditahan di Depot Imigresen telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. 

Katanya, hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar dari negara.

“Oleh itu, semua warga asing adalah diingatkan untuk memastikan mereka memiliki dokumen perjalanan yang sah dan permit kerja yang dibenarkan untuk bekerja di negeri ini terlebih dahulu sebelum masuk ke negara ini. 

“Semua agensi penguatkuasaan di Negeri Sabah akan sentiasa mengambil tindakan tegas kepada mereka yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang negara, “katanya.

Tambahnya, operasi pemindahan ini adalah merupakan sebahagian daripada operasi berterusan yang dilakukan oleh JIM Negeri Sabah bagi tahanan warga asing yang ditempatkan di semua Depot Imigresen di seluruh Negeri Sabah.

“Jabatan ini ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi pengusiran ini.

“JIM Sabah akan terus komited melakukan operasi penguatkuasaan dan pemindahan PATI setelah mereka melalui semua tindakan penguatkuasaan dan proses perundangan negara serta telah mendapat pengesahan daripada kedutaan negara asal masing-masing,”katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

UMS utamakan kebajikan pelajar, sedia bantu Crisnanalina daftar pengajian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular