HomeIsu tempatanPertandingan 'Runduk Tadau Dazanak Edisi Khas' 1 Julai ini

Pertandingan ‘Runduk Tadau Dazanak Edisi Khas’ 1 Julai ini

Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: Pertandingan Runduk Tadau Dazanak atau Ratu Kanak-Kanak merupakan usaha untuk mengetengahkan bakat serta potensi para kanak-kanak kadazandusun, Murut dan Rungus (KDMR) dari seluruh Sabah.

Pengasas merangkap Pengerusi Runduk Tadau Dazanak, Albert Obert Vincent berkata pertandingan tersebut juga merupakan satu proses untuk melahirkan modal insan yang mampu memberikan sumbangan kepada komuniti setempat apabila meningkat dewasa nanti.

“Selain itu, ia juga untuk memupuk serta membina jati diri, lebih proaktif,bersifat berani berhadapan dengan orang ramai dan mengembangkan serta meningkatkan keyakinan diri melalui pergaulan dengan peserta-peserta lain.

“Disamping sebagai salah satu aktiviti riadah yang dapat mengeratkan silaturrahim antara peserta-peserta lain dari pelbagai suku kaum di Sabah,” katanya semasa merasmikan Majlis Runduk Tadau Dazanak Semenanjung 2023 yang diadakan di salah sebuah hotel termuka di sini, baru-baru ini.

Antara barisan Ahli Jawatankuasa Runduk Tadau Dazanak Semenanjung 2023 yang menjayakan pertandingan itu. 

Menurut Albert, Pertandingan Runduk Tadau Dazanak Edisi Khas juga akan diadakan pada 1 Julai ini di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu dengan bertemakan “Memupuk dan Memulihara Minat Generasi Muda Terhadap Kebudayaan”.

” Seramai 45 kanak-kanak perempuan akan mewakili daerah masing-masing dari seluruh Sabah termasuk enam dari Semenanjung Malaysia dan pertandingan ini dikhususkan untuk kanak-kanak KDMR yang berumur tujuh hingga 11 tahun.

“Seramai 500 penonton dijangka hadir bagi menyaksikan pertandingan akhir ini yang akan dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Real Beauty Sdn Bhd, Rejanah Bahanda yang juga merupakan penaja utama pertandingan ini,” katanya.

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan pada malam kemuncak tersebut antaranya persembahan nyanyian dari artis-artis tempatan, cabutan tiket bertuah, penampilan Zandi Tavanus Negeri Sabah 2023 serta penampilan khas pemenang Runduk Tadau Dazanak 2022 iaitu Jasleen Victor.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PKK Biz @ Akademia catat lebih RM20,000 nilai jualan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular