HomeUtamaESSCOM mahu rondaan di ESSZone diperhebat

ESSCOM mahu rondaan di ESSZone diperhebat

Read Time:1 Minute, 22 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Lahad Datu : Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mahu operasi pemantauan dan rondaan di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) diperhebat termasuk melibatkan penggunaan pesawat pejuang dan helikopter.

Komander ESSCOM Deputi Komisioner Victor Sanjos berkata, gerakan bersepadu itu perlu dipertingkatkan khasnya di kawasan yang disyaki menjadi laluan kumpulan penculikan untuk wang tebusan (KFRG) daripada memasuki perairan negeri ini.

“Semasa saya dilantik menjadi Komander ESSCOM, saya mahu melihat masyarakat ESSZONE khususnya para pelancong  asing yang datang ke pantai timur ini merasa yakin dengan tahap keselamatan mereka semasa berada di sini.

“Sebab itu, keberadaan dan ‘show of present’ pasukan keselamatan di kawasan-kawasan ‘hotspot’ termasuk yang disyaki menjadi laluan KFRG adalah perlu bagi memberikan kawalan keselamatan dan perlindungan kepada para pelancong,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, meskipun keadaan keselamatan di kawasan ESSZONE terkawal daripada sebarang ancaman, kesiapsiagaan dan keberadaan pasukan keselamatan di lokasi-lokasi strategik dan menjadi tumpuan orang ramai penting bagi menangkis cubaan anasir luar untuk mengganggu gugat kestabilan dan keselamatan di ESSZONE.

Dalam pada itu, Victor berkata, pihaknya menerusi kerjasama semua pihak berusaha untuk menangani persepsi mengenai keselamatan di ESSZone kerana beberapa negara luar termasuk Jepun dan Korea masih tidak membenarkan rakyat mereka memasuki beberapa kawasan di Pantai Timur negeri ini.

Namun, katanya, ESSCOM melalui kerjasama semua pihak akan berusaha melakukan tindakan proaktif menggunkan  kaedah dan pendekatan yang efektif dalam menangani persepsi ini.

Beliau juga menyeru kepada semua pihak termasuk masyarakat dipesisir Pantai Timur Sabah agar sentiasa berganding bahu dan bekerjasama dalam membenteras jenayah rentas sempadan dan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Majlis Perniagaan AS-ASEAN bincang peluang perniagaan di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular