HomeUtamaOrang ramai dinasihat tidak muat turun aplikasi "Pink WhatsApp"

Orang ramai dinasihat tidak muat turun aplikasi “Pink WhatsApp”

Read Time:1 Minute, 6 Second

BERNAMA
Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Putrajaya: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan orang ramai lebih berhati-hati apabila menerima jemputan untuk menyertai atau memuat turun aplikasi berbahaya yang dikenali sebagai “Pink WhatsApp,” kerana ia menimbulkan risiko keselamatan yang serius.

Dalam satu kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan aplikasi itu diiklankan secara palsu untuk menawarkan ciri-ciri keselamatan dan privasi yang lebih baik, halaman muka boleh ditempah mengikut keinginan dan mempunyai keupayaan untuk menghantar fail yang lebih besar berbanding aplikasi WhatsApp yang popular.

Bagaimanapun, selepas dimuat turun aplikasi berkenaan boleh mengakses pelbagai item di dalam telefon pintar pengguna seperti foto, mesej SMS dan senarai kenalan, yang menimbulkan risiko keselamatan yang serius.

“Pengguna mungkin menerima mesej dan pautan yang kelihatan seperti daripada WhatsApp yang menjemput mereka untuk mencuba aplikasi baharu itu,” menurut MCMC sambil menasihatkan orang ramai supaya tidak memuat turun aplikasi itu dan segera memadamnya jika ia sudah ada pada peranti mudah alih mereka.

Semua pengguna dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan “Pink WhatsApp” kepada portal Aduan MCMC di https://aduan.mcmc.gov.my/#/public/main atau talian hotline Aduan di 1800-188-030.

MCMC juga mengesyorkan agar orang ramai hanya memuat turun aplikasi mudah alih daripada aplikasi rasmi seperti Apple App Store, Google Play Store dan Galeri Apl Huawei. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

74 Gereja di Tongod Terima Sumbangan Sempena Hari Natal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular