HomeUtamaESSCOM santuni masyarakat, agih daging korban kepada penerima layak

ESSCOM santuni masyarakat, agih daging korban kepada penerima layak

Read Time:1 Minute, 16 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Lahad Datu : Sebanyak lima ekor lembu hasil penyertaan dan sumbangan beberapa pihak di daerah ini berjaya diagihkan kepada penerima yang layak.

Lembu yang dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha itu merupakan hasil sumbangan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM); Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sepagaya dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Segama.

Hasil korban lembu berkenaan berjaya diagihkan kepada warga ESSCOM dan golongan asnaf di sekitar kampung Muhibbah, Kampung Tabanak, dan Kampung Assam serta SMK Sepagaya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ESSCOM, Dr. Jamaluddin bin Mohd. Ali berkata, agihan itu dilaksanakan melalui program turun padang bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha di Kampung Muhibbah di sini hari ini.

Katanya, program itu merupakan salah satu program ESSCOM bersama masyarakat di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone),

Menurutnya, program itu juga bertujuan untuk menyantuni masyarakat melalui pendekatan keagamaan melibatkan kerjasama pemimpin tempatan, penduduk kampung, Ahli Jawatankuasa Masjid, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama dan SMK Sepagaya.

“Selaras dengan moto ESSCOM iaitu ‘Bersama-sama Menjana Kesejahteraan’ ESSCOM akan terus mengadakan hubungan kerjasama yang rapat antara masyarakat dan pasukan keselamatan kerana inilah yang menjadi pemangkin kepada keamanan dan ketenteraman awam terutamanya di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone),” katanya ketika berucap merasmikan majlis itu di sini.

Program yang dihadiri kira-kira 300 orang masyarakat kampung sekitar DUN Segama dan 75 pelajar SMK Sepagaya ini turut dihadiri Timbalan Komander ESSCOM Brigadier Jeneral Johari Ismail;  Pemimpin Pembangunan Masyarakat UPPM Segama, Mizma Appehdullah dan Pengetua SMK Sepagaya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sistem air minuman secara mudah alih, berkuasa solar berjaya dibangunkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular