HomeEkonomiLebih 60,000 usahawan Sabah terima manfaat menerusi skim ditawarkan Tekun Nasional

Lebih 60,000 usahawan Sabah terima manfaat menerusi skim ditawarkan Tekun Nasional

Read Time:1 Minute, 41 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional Sabah berjaya menyalurkan pembiayaan sebanyak lebih RM870 juta kepada lebih 60,000 usahawan sejak 1998 sehingga kini.

Pengurus TEKUN Nasional Sabah Hemin Osumping berkata, bagi tahun ini, sebanyak RM7.5 juta disasarkan kepada 3,730 usahawan menerusi beberapa skim yang disediakan kepada usahawan yang layak.

“Antara skim usahawan yang disediakan adalah Tekun Niaga; SPUMI; Skim Pembiayaan Online Tekun; MobilePreneur; Belia; Bekas Tentera; Teman Tekun dan Kontrak-I.

“Bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini sahaja, Tekun Negeri Sabah berjaya menyalurkan sebanyak lebih RM38 juta kepada 1,754 usahawan,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Katanya, bagi tempoh sama tahun ini juga, Tekun Nasional Sabah turut berjaya mendapatkan bayaran balik sebanyak RM38,086,975.65.

Sementara itu, Hemin berkata, pihaknya turut melaksanakan beberapa kaedah pembayaran bagi memudahkan para usahawan melangsaikan pinjaman.

“Tidak dinafikan, sejak COVID-19 yang lalu, memang ada usahawan yang menghadapi masalah pembayaran namun kita telah membuat kaedah yang terbaik bagi membantu mereka melangsaikan pinjaman.

“Ini termasuklah memberi peluang penjadualan semula pembiayaan.  Sebagai contoh sekiranya mereka terjejas modal dan masih layak untuk membuat ‘overlap’, kita akan beri kemudahan itu agar pendapatan meningkatan dan bayaran tidak terjejas.

“Dari segi kaedah pembayaran pula, kita melaksanakan kaedah digital berbanding manual sebelum ini.  Ini termausklah pembayaran menerusi Maybank2u, Ejen Bank Simpanan Nasional (BSN) dan beberapa kaedah pembayaran lain,” katanya.

Dalam pada itu, Hemin berkata, Tekun Nasional Sabah kini beroperasi di semua kawasan Parlimen di Sabah meliputi 26 kawasan Parlimen termasuk Labuan.

“Hampir keseluruhan Parlimen di Sabah kita ada buat perkhidmatan dan setakat ini kita ada 22 pejabat cawangan dan akan datang kita akan membuka di Kunak dan dalam proses di Pitas.

“Selain itu, kita juga ada mengadakan beberapa taklimat kepada pemimpin tempatan bagi menyebarkan produk perkhidmatan kepada orang ramai,” katanya.

Dalam pada itu, Hemin berkata, TEKUN Sabah juga menyasarkan sebanyak RM2.5 juta menerusi Skim Pembiayaan Usahawan Tamu dengan sasaran jumlah seramai 500 orang usahawan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Ram Singh dilantik sebagai Presiden Persatuan Memanah Negeri Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular