HomeIsu tempatanTABS Bandaraya terima sumbangan lembu

TABS Bandaraya terima sumbangan lembu

Read Time:39 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Pembantu Menteri Kewangan, Tan Lee Fatt semalam menyumbangkan seekor lembu kepada Tunas Asas Bola Sepak (TABS) Sabah Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Bandaraya.

Majlis penyerahan ringkas itu dilaksanakan di perkarangan padang TABS di sini petang semalam bagi tujuan ibadah korban.

Sumbangan itu telah diterima Timbalan Pengerusi TABS, Lokman Sunggim bagi pihak pengurusan TABS.

Lokman berkata, pihaknya merakamkan penghargaan atas sumbangan lembu berkenaan yang akan diagihkan kepada ibu bapa pelatih dan beberapa individu layak.

“Daging korban ini nanti akan kita agihkan kepada ibu bapa pelatih dan mereka yang layak menerima termasuk fakir miskin yang dikenal pasti,” katanya.

Turut hadir ialah Naib Pengerusi TABS, Matasan Ahmad dan Setiausaha TABS, Amsir Abdullah bersama beberapa orang jurulatih badan bola sepak tersebut. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

DBKK lancar piawaian kebersihan dan keteraturan sektor operasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular