Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Membakut : Empat ketua keluarga mangsa kebakaran yang berlaku di Kampung Pimping di sini baru-baru ini menerima sumbangan dari Persatuan Kebajikan dan Reakrasi Anak-Anak Pimping Kota Kinabalu (PAPIM).
Pengerusi Penaja PAPIM, Ahmad Dipong berkata, sumbangan itu adalah bagi membantu meringankan beban mangsa terlibat sempena sambutan Hari Raya Aidiladha semalam.
“Sumbangan ini adalah hasil kutipan kilat di kalangan ahli-ahli PAPIM sebagai tanda simpati persatuan kepada mangsa- mangsa yang terlibat dalam kejadian yang memusnahkan tiga buah rumah pada petang Rabu lalu,” katanya.
Ahmad berkata, pihaknya menyampaikan sumbangan bantuan itu kepada mangsa terlibat antaranya Kassim Mataha, Awang Amin Ag Sabtu, Dayang Habibah Ag Tengah dan Dayang Damit Ag Abdullah.
Turut hadir sama menyerahkan sumbangan ialah Bendahari PAPIM, Ag Kassim Ismail.
Dalam kejadian yang berlaku pada petang hari Rabu lalu, sebanyak tiga buah buah rumah musnah dalam kebakaran yang mengakibatkan lapan keluarga tinggal sehelai sepinggang.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kebakaran berlaku sekitar jam 1.30 petang itu berpunca daripada litar pintas.
Semua mangsa kebakaran buat masa ini tinggal dengan keluarga dan saudara mara terdekat. – SABAH MEDIA