HomeUtamaPelantikan Lembaga Pengarah RCKKP (Rotary Year 2023- 2024) pada 29 Julai ini

Pelantikan Lembaga Pengarah RCKKP (Rotary Year 2023- 2024) pada 29 Julai ini

Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Delegasi Rotary Club of Kota Kinabalu Pearl (RCKKP) mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew pada Jumaat untuk menjemput beliau menghadiri majlis pelantikan Lembaga Pengarah RCKKP (Rotary Year 2023- 2024) pada 29 Julai ini.

Presidennya, Datuk Aminah Ambrose memberi taklimat kepada Menteri mengenai projek-projek kelab yang dijalankan sepanjang tempoh perkhidmatannya (Rotary Year 2022-2023), iaitu Project REAL (Rural-Focus English For All), WASH (Water and Sanitation Project) dan Hope in Sight ( Pembedahan Katarak Percuma untuk Wanita B40).

Menurutnya, Projek REAL telah dilaksanakan di 18 sekolah rendah bagi mengurangkan jurang literasi bahasa Inggeris antara pelajar luar bandar dan bandar.

“WASH adalah bertujuan membekalkan air bersih dan mudah diakses ke kampung-kampung luar bandar, ia telah memberi manfaat kepada lapan kampung di Ranau.

“Di bawah program Hope in Sight kami, 11 wanita yang layak telah menjalani pembedahan katarak percuma sempena Hari Penglihatan Sedunia pada Oktober tahun lalu,” kata Aminah.

Sementara itu, Presiden RCKKP akan datang, Rosie Chong berkata perancangan akan datang adalah peluang untuk Rotarians dari Sister Clubs di Taiwan dan Kuala Lumpur, dan dari Friendship Pact Clubs di Bangkok dan Singapura untuk melawat Sabah dan meningkatkan sektor pelancongan.

“Difahamkan mereka berminat untuk membeli mutiara Sabah, selain menjelajah pulau-pulau luar pesisir dan menyertai pelayaran matahari terbenam ketika berada di Kota Kinabalu,” ujar Rosie.

Sehubungan dengan itu, Christina turut meluahkan rasa kagum dengan kerja baik Rotary Club of Kota Kinabalu Pearl yang telah dilaksanakan dibawah pimpinan Datuk Aminah Ambrose.

“Saya kagum dengan kerja baik Rotary Club of Kota Kinabalu Pearl dalam melaksanakan projek khidmat masyarakat untuk manfaat sekolah, kampung dan wanita cacat penglihatan daripada kategori pendapatan B40 di Sabah,” kata Christina sambil menyatakan bahawa Kelab itu memenangi Anugerah Emas untuk Projek Khidmat Masyarakat Terbaik (WASH), antara lain, semasa penggal Aminah menerajui kelab berkenaan.

RELATED ARTICLES
Utama

2 Anggota Polis Ulu Tiram Terbunuh, Penyerang Ditembak Mati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular