HomeSukanAtlet 'kantoi' doping perlu kemuka surat tunjuk sebab sebelum 11 Julai

Atlet ‘kantoi’ doping perlu kemuka surat tunjuk sebab sebelum 11 Julai

Read Time:1 Minute, 20 Second

BERNAMA
Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Putrajaya: Atlet olahraga yang gagal ujian doping pada Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Februari lepas diberi tempoh hingga 11 Julai ini untuk menjawab surat tunjuk sebab daripada Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS).

Pengarah ADAMAS Azura Abidin berkata sekiranya atlet itu tidak mengemukakan surat tersebut pada tarikh ditetapkan, pihaknya akan menjalankan siasatan berdasarkan bukti sedia ada sebelum mengadakan sesi pendengaran kes tersebut.

“Bagi tempoh sekarang, atlet berkenaan perlu membalas surat tunjuk sebab dan mencabar ujian sampel B. Kita tunggu hingga 11 Julai hingga jam 5 petang.

“Kalau atlet berkenaan beri surat tunjuk sebab dan ujian sampel B barulah kita akan siasat (berdasarkan maklum balas atlet),” katanya selepas Majlis Menandatangani Akuan Sokongan Kod Sukan Selamat bersama ADAMAS, Pegawai Kawalan Doping (DCO) dan Pendidik Anti Doping di sini hari ini.

Majlis disaksikan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Jun lepas, ADAMAS mengumumkan satu insiden doping melibatkan seorang atlet olahraga pada kejohanan yang berlangsung di Stadium Mini MSN, Bukit Jalil itu.

Tanpa mendedahkan butiran atlet, ADAMAS mengesahkan bahawa keputusan doping itu positif terhadap penggunaan bahan terlarang atau adverse analytical finding (AAF) bagi bahan sibutramine.

Berikutan itu, atlet tersebut digantung sementara daripada menyertai sebarang kejohanan sehingga keputusan proses pendengaran diumumkan.

Sementara itu, Azura berkata atlet yang akan menggalas cabaran negara ke Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China perlu menjalani kursus dalam talian bersama Anti Doping Education and Learning (ADEL) oleh Agensi Anti Doping Dunia (WADA), sebagai syarat wajib yang ditetapkan Majlis Olimpik Asia untuk menyertai temasya berkenaan.

Sukan Asia 2022 akan berlangsung dari 23 Sept hingga 8 Okt ini. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Pasukan Bola Sepak Veteren Lahad Datu juarai kejohanan Piala MP Ranau

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular