HomeSukanLebih 4,000 peserta meriahkan 'Run For Peace'

Lebih 4,000 peserta meriahkan ‘Run For Peace’

Read Time:1 Minute, 3 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Lebih 4,000 peserta terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat hadir menyertai program larian ‘Run For Peace’ sejauh enam kilometer yang diadakan di padang kawad Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini semalam.

Program bertujuan bagi meningkatkan kesedaran tentang 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) itu disempurnakan Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin.

Ellron berkata, kepentingan SDG bukan sahaja untuk masa kini tetapi juga untuk masa depan dan pendekatan ini penting untuk kelestarian planet kita.

“Program ini merupakan kempen kesedaran bahawa dunia ini perlu dijaga sebaik mungkin, sebab belia akan mewarisi kami.

“Melalui pameran tadi, kita perlu amalkan hidup sihat. Run For Peace maksudnya “Peace” adalah tidak diganggu oleh kerosakan yang dilakukan oleh manusia, jadi kita kena jaga apa yang kita dapat dari bumi ini,” katanya.

Pelbagai acara menarik diadakan dalam program itu, antaranya persembahan golongan belia yang mewakili pihak penganjur.

Selain itu pameran arca tentang pencemaran laut serta pameran “Benih Harapan & Tindakan” juga dipamerkan di tengah padang kawad untuk kunjungan ramai.

Sepanjang acara ini, pelbagai pihak NGO yang menyokong dalam matlamat pembangunan mampan ini berpeluang untuk mempamerkan produk dan inisiatif mereka.

Usaha kerjasama antara NGO dan pihak penganjur acara menunjukkan kekuatan perkongsian dalam mendorong perubahan positif. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Nguyen Anh Minh & Sieun Lee dinobatkan juara Kejohanan Golf Amatur...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular