HomeIsu tempatanPawagam komuniti bakal dibuka di Papar penghujung tahun ini

Pawagam komuniti bakal dibuka di Papar penghujung tahun ini

Read Time:1 Minute, 37 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Sebuah pawagam komuniti di Parkland City Benoni Papar bakal dibuka kepada orang ramai pada penghujung tahun ini

Ketua Pegawai Eksekutif 10Star Cinemas Sdn. Bhd., Onn Norshal Hamzah berkata, pawagam komuniti tersebut akan dirasmikan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin pada 10 Disember depan.

Katanya, pemilihan daerah itu sebagai salah satu lokasi pembukaan pawagam komuniti  di negeri ini selepas daerah itu dilihat terus membangun dan berpotensi sebagai pasaran.

“Selain daerah Papar, sebuah lagi akan di buka di Kota Marudu manakala pawagam komuniti Bandar Sri Indah Tawau bakal beroperasi Ogos ini. 

“Setakat ini 10Star Cinemas dengan kerjasama MAA Group mempunyai tiga pawagam dengan pawagam pertama telah memulakan operasi pada 16 Disember 2021 di Pusat Komersil Kubota Bintang Tawau manakala dua lagi di Bandar Labuk dan Bandar Tabin Jaya, Sandakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Onn Norshal berkata, pihaknya berharap pembangunan pawagam komuniti di negeri ini akan dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat Sabah selain pihaknya akan menjalinkan kerjasama dengan Kerajaan Negeri dengan menyediakan infrastruktur pawagam sehingga 2025.

Pada majlis tersebut Pengerusi Eksekutif MAA Group, Tunku Datuk Yaacob Khyra turut memaklumkan kepada Tun Juhar berkenaan perkembangan operasi dan perniagaan MAA Group di negeri ini.

Turut mengunjungi Tun Juhar di Istana Seri Kinabalu adalah Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Shahul Dawood dan rombongan.


Kunjungan tersebut diadakan bagi memaklumkan kepada Tun Juhar berkenaan dengan penganjuran program National Human Capital Conference & Exhibition (NHCCE) 2023 – Borneo Region yang berlangsung pada 4 hingga 5 Julai ini di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.

Menurut beliau hampir 1,000 orang dari pelbagai pemain industri akan menghadiri program tersebut yang mana pada sebelah malamnya (4 Julai) akan diadakan NHCCE Gala Nite yang turut dihadiri Tun Juhar.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular